Home Hiburan “Hadiah Paling Diingati..”- Guru Sebak Tengok Seorang Pelajar Ikhlas Bungkus ‘3 Biji...

“Hadiah Paling Diingati..”- Guru Sebak Tengok Seorang Pelajar Ikhlas Bungkus ‘3 Biji Kismis’ Sahaja

267
0

Menerusi satu klip yang diviralkan di aplikasi Tiktok membuatkan para netizen sebak apabila seorang gutu berkongsikan satu cerita diman salah seorang ank murid beliau menghadiahkan beliau hanya 3 biji kismis dan dibalut menggunakan kertas dan distapler rapi. Hadiah itu mengejutkan beliau kerana buat pertama kali beliau mendapat bungkusan sekecil itu. Perkongsian beliau di aplikasi Tiktok itu meraih lebih 1 juta tontonan denga pelbagai reaksi diberikan kerana perkara tersebut seperti tidak masuk dek akal namun usaha si kecil menghargai guru itu besar maknanya.

Melalui klip tersebut, guru tersebut menceritakan detik beliau melihat bungkusan kecil tersebut di ats meja di bilik guru beliau. Ketika beliau membuka balutan kertas tersebut, terlihat 3 biji kismis yang dikatakan memberi maksud ‘ saya sayang awak’ tapi masih tiada kesahihan dalam perkara tersebut. Namun bagi guru tersebut, beliau terasa sebak ketika melihat pemberian tersebut kerana beliau tidak menyangka ketulusan anak muridnya yang sanggup memberikan hadiah seperti itu walaupun beliau tidak meminta dan tiada sebarang pemberian hadiah dilakukan di sekolah mereka ketika Sambutan Hari Guru baru baru ini.

Rakaman penuh boleh ditonton di:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@Salwa Hasan :Faham sgt feeling murid tu bila tgok kawan2 bg hadiah kt cikgu kesygn tp kita x mampu.

@sha.qemaa:Adui teringat dulu masa darjah berapa tah bagi cikgu tudungg yg dah guna sebab tak mampu beli lain. Siap ade bekas pin dan cikgu pakai juga

@Arra:3 biji tu maksud dia mendalam cikgu, i love you

@Ie Rof’il:ank sya 5 tahun autism buat card ucapan mlm2 untuk teacher dia tp x d hargai yg bg bonquet coklat je dia post n ucap tq

@mieyaaaa ♡(∩o∩)♡:ni mesti dia beli kotak kismis yang kecik tu bahagi2 dkt cikgu2.. comelnya anak bertuah. semoga dilimpahkan rezeki buat dia

@I’m ritamedina:sy kecik2 dulu xmampu sy belikn sebungkus roti my fav utk Hari guru tp cikgu Tu letak tepi seolah mcm xkisah sy blk sekolah menangis spnjg jln

@Naura_Nadira:murid ni menghargai awk sebagainya gurunya.dia mungkin teringin nak bg hadiah mcm yg lain tp dia bg apa yg dia mampu saja.sy bangga dengan dia

@Black Nicotine:Sy nak nangis sbb mak ayah saya dedua cg selalu sgt nmpk hadiah yg mcm ni dr sorang atau dua mcm tu

@YourAmwayBestie!:Dulu pernah viral anak murid hadiahkan sayur, bungkus dgn newspaper, demi nak appreciate cikgu dia. Sebak tengok

Guru tersebut juga menyatakan bahawa dalam segala hadiah yang diterima, itu merupakan satu hadiah yang paling akan diingati kerana beliau dapat merasakan bahawa murid tersebut sangat menghargai titik peluh beliau dan sanggup memberi pemberian yang jika dipandang secara kasar tidaklah begitu bernilai namun dari sudut pandang seorang guru, beliau merasa sangat sebak sehingga mampu menitiskan air mata apabila melihat kesungguhan anak muri beliau itu.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Previous article“Jadi Kuli Player Je..”- Kenyataan Lee Chong Wei Disoal Untuk Jd Jurulatih Malaysia Buat Ramai Terkejut
Next article“Anak Sy Sedia Jd Abang..”- Kongsi Video Anak di Tiktok, Siti Nordiana Bg Hint Sedia ‘Dilamar’ Shuib
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here