The Living Legend, Awie merupakan penyanyi rock pujaan ramai. Lagu-lagunya bersama kumpulan Wings masih lagi menjadi buaian peminat dari tahun 90an hingga sekarang. Keunikan suara dan ketinggian vokal Awie itu membuat ramai yang kagum dengannya.
Ramai penyanyi sekarang yang cuba untuk ‘meniru’ Awie. Namun tidak ramai yang mampu untuk menyanyikan lagunya dengan note yang asal.
Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian myramuzaffar di mana suaminya Zaidi Hassan membuat persembahan nyanyian di majlis perkahwinannya. Yang uniknya, dia menyanyikan lagu Ratu ku oleh penyanyi asal lagu itu sendiri iaitu Awie. Nyanyiannya sungguh merdu, sungguh lunak dan mirip sekali dengan Awie. Bahkan dia tarik chorus pun dah sama tinggi dengan Awie. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen yang positif dan memuji nyanyian abang ini.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@ini faiz oiii: muka anuar zain suara awie
@𓆩♡𓆪 🅐 𓆩♡𓆪: Tak dapat panggil awie nyanyi masa anak aku kawen, panggil abang ni je la😅anak baru 4taon😂
@🅰️kim: ni bkn awie..ni awass..awass abg dah dpt mic..dato awie sila ke tepi 😂😂 sedapp sore abg ni
@NAMA: Uishh zaidi ni apa je dia x reti 🤣 multitalented
@Dragonfruits: uih ni baru jmpa org yg nyayi lagu Awie Sedap perghhh gempak …
@lyla: first time dgr org nyanyi tinggi tkde bingit langsung , sedap betul suara
@JEjaka TamPan🇲🇾: pakej 2in1..muka mcm anuar zain..suara mcm awie
@Shane Field: Fuh memang kena power gila kalau berani nyanyi lagu awie depan awie. Lagu awie dah la susah gila nak bawak.
@maeza: baru jumpa org yg boleh nyanyi lagu ni dgn baik..perghhh mantap
@LiN Sharifudin: Superb ahh suara pengantin.. Tahniah n slmt pengantin baru
@ayamgepuk: sekali tengok macam alif satar pun ada hahahaha
@Edi Rozaidi: Uish sedap. Buat cover kt YT pun terbaik.