Home Hiburan Sekitar Majlis Istiadat Bersanding Puteri Fadzilah, Kenali Puteri Kedua Bongsu Sultan...

[Foto] Sekitar Majlis Istiadat Bersanding Puteri Fadzilah, Kenali Puteri Kedua Bongsu Sultan Brunei

292
0

Perkhabaran gembira Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei ini bukan hanya mendapat perhatian rakyat negara Brunei bahkan rakyat Malaysia juga teruja mengetahui kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen melangsungkan perkahwinan.

Siapa tidak kenal dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang merupakan antara di antara ketua kerabat diraja terkaya di dunia dengan hasil kekayaan daripada bekalan simpanan minyak Brunei yang melimpah ruah.

Majlis gilang-gemilang istiadat perkahwinan diraja Brunei iaitu Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang berlanjutan selama 10 hari.

Pada Khamis 20 Januari 2022, Puteri Fadzilah yang mesra dengan panggilan Fad telah selamat bergelar isteri kepada Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dengan sekali lafaz.

Foto-foto Sekitar Majlis Persandingan 

bruneiroyalfamily 272281479 139097971927345 3578482861078031350 nbruneiroyalfamily 272230839 318436886710588 2497580702697147711 nbruneiroyalfamily 272433911 713236553211143 2012043160615446598 nbruneiroyalfamily 272278931 462850178776386 5335157793861629524 n

bruneiroyalfamily 272326001 1584539291938748 4673561337746448917 nbruneiroyalfamily 272369162 484126243147021 5275610906201257986 n

bruneiroyals 272639259 463500795408645 352102948904161076 n.webp

Salah Seorang Kerabat Diraja Yang Terkaya Di Dunia

Ayahanda Puteri Fadzilah iaitu Sultan Brunei merupakan seorang hartawan dan merupakan salah seorang kerabat diraja terkaya di dunia. Menurut laporan SCMP, anggaran nilai bersih hartanya adalah $28 bilion bersamaan RM117.25 bilion.

Sama seperti ahli kerabat yang lain, Puteri Fadzilah merupakan seorang yang dermawan. Terbaru, beliau telah menyokong usaha membina Pusat Perubatan Rimba untuk membantu mempromosi dan menambah baik penjagaan kesihatan di Brunei.

Miliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan Di Universiti Kingston Britain.

Pada usianya 22 tahun, Puteri Fadzilah memperoleh ijazah sarjana muda dalam Pengajian Antarabangsa dari Universiti Kingston, Britain.

Pada tahun 2015 pula, Puteri Fadzilah berjaya memperoleh ijazah sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Hult International Business School.

Sangat Gemar Bersukan & Jadi Kapten Pasukan Bola Jaring

aling menarik sekali, Puteri Fadzilah turut dikenali sebagai ‘Puteri Sukan’. Beliau merupakan pemain polo dan ekuestrian. Malah Puteri Fadzilah pernah menjadi kapten pasukan bola jaring kebangsaan Brunei.

3 15

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:IG Bruneiroyals,https://www.remaja.my/

Previous article“Abang Dah Kahwin Ke Belum?” – Ditanya Perasaan Bakal Jadi Ayah, PU Riz Soal Balik Wartawan Buat Ramai Terhibur
Next article“Luaran Saja Nampak Okey , Hakikatnya Tidak,” -Janna Nick
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here