Home Isu Semasa Fizz Fairuz, Almy Nadia tk setuju vaks!n ank-ank bwah 12 tahun –...

Fizz Fairuz, Almy Nadia tk setuju vaks!n ank-ank bwah 12 tahun – “Jgn m4ksa, org dewasa pun tk tahan”

160
0

KEPUTUSAN kerajaan ingin mendapatkan v4ksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun menimbulkan kebimbangan aktor Datuk Fizz Fairuz.

Tidak bersetuju dengan perkara tersebut, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berpendapat belum tiba masanya untuk memberikan v4ksin untuk kanak-kanak.

Bimbang akan memberi kesan yang teruk, pelakon berusia 42 tahun ini berharap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Fizz 1

Fizz memuat naik artikel mStar mengenai v4ksin untuk kanak-kanak.

“Pada pendapat saya, belum sesuai kot. Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat. Walaupun telah dikurangkan dos, tapi tetap beri kesan terhadap mereka.

“Orang dewasa pun tak tahan, inikan pula kanak-kanak. Mohon kerajaan pertimbangkan sebab kerajaan ni umpama bapa.

“Jadi, mohon pertimbangan juga, jangan diperketatkan dan jangan memaksa sebab ramai kanak-kanak dah ambil v4ksin influenza… anak saya pun ambil.

“Serba sedikit dapat juga membantu. Kalau boleh kita tangguh dahulu. Tunggu betul-betul vaksin ni tak ada kesan pada kanak-kanak,” kata Fizz kepada mStar.

Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Fizz turut berkongsi artikel mStar pada Jumaat yang melaporkan kerajaan akan mendapatkan v4ksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini selaras dengan syor daripada Pentabiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesahkan v4ksin itu boleh digunakan mereka yang berumur lima hingga 12 tahun.

Dalam pada itu, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia juga tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji untuk suntikan v4ksin tersebut.

Fizz 3

Fizz bersama isteri dan anak-anak.

Kata Almy yang juga seorang aktres, biarpun dos sudah dikurangkan namun dia bimbang kanak-kanak tidak mampu menampung kesan daripada v4ksin.

“Anak-anak saya bukan tempat untuk kerajaan buat uji kaji ya. Kami yang kena cucuk v4ksin pun tumbang bagai nak m4ti.

“Bayangkan anak-anak kecil kena walaupun dos dah dikurangkan tapi tetap sakit ya. Tolong ambil perhatian ya wahai kerajaan.

“Jangan ikut sedap perut saja nak buat anak-anak kecil ini bahan uji kaji. Maaf, saya sangat emosi bab ni,” tulis Almy di ruang komen perkongsian tersebut.

Sumber:mStar

Previous articleNama kene Petik Isu Dakw4an Langg4ran kontrak Zizi Dgn Rafiena?. Skali Ini Resp0nd Eizlan Yusof
Next article[VIDEO] “Ade paper ke tu..” Peminat Syak Zara Zya Ada Hubungan Istimewa Dgan Alha Alfa- ‘sambut birthday bersama di rumah org tua-tua’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here