ENGGAN m3mbazir dan m3mbuang masa dengan membiarkan anak kecil mengikuti sesi pembelajaran awal kanak-kanak secara dalam talian, pelakon Ezzaty Abdullah mengambil keputusan memberhentikan anaknya, Harum Dalia daripada prasekolah.
Kata Ezzaty, dia terpaksa berbuat demikian kerana anaknya yang baru berusia tiga tahun itu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran.
“Awal tahun ini kami hantar dia ke prasekolah. Tapi kemudian PKP dilaksanakan dan proses pembelajaran diadakan secara dalam talian.
“Dia kecil lagi jadi apabila buat online class dia tak fokus serta kurang faham.
“Jadi bulan Jun lalu saya berhentikan dia daripada prasekolah,” katanya kepada mStar.
Ezzaty ambil alih mengajar Harum Dalia di rumah sepanjang PKP.
Bagaimanapun kata isteri kepada aktor Azwan Kombos ini, dia mengambil alih tugas mengajar anaknya itu agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
“Waktu dia masuk online class pun saya yang banyak bantu dia, jadi saya fikir lebih baik saya ambil alih untuk terus ajar dia.
“Selama PKP ni pun kami tak ada kerja penggambaran, jadi memang boleh fokus kepada dia.
Dia kecil lagi jadi apabila buat online class dia tak fokus serta kurang faham
EZZATY ABDULLAH
PELAKON
“Alhamdulillah buat masa ini dia dah pandai eja ibu dan kenal huruf. Tapi ada yang dia masih tak tahu la,” katanya.
Bagaimanapun cerita Ezzaty, suaminya Azwan lebih fokus memberi pendedahan daripada segi persediaan fizikal untuk anak mereka.
“Azwan tak boleh nak jadi cikgu sebab tak ada kesabaran nak mengajar budak-budak.
Ezzaty berkahwin dengan Azwan Kombos pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seornag anak perempuan.
“Saya memang suka budak sebab pernah kerja di taska. Saya tahu macam mana nak ajar budak.
“Tapi kalau bab aktiviti fizikal dia la yang ajar,” ujarnya.
Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 dan buat ini mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Harum Dalia.
Sumber:mStar