Home Hiburan Erra Fazira Baru Nak Buka Saluran YouTube, Tak Kisah Kongsi Kehidupan Peribadi...

Erra Fazira Baru Nak Buka Saluran YouTube, Tak Kisah Kongsi Kehidupan Peribadi Di Rumah

107
0

Mengikut perkembangan dan trend semasa, pelakon dan penyanyi Erra Fazira akui dirinya agak ketinggalan kerana belum mempunyai saluran YouTube sendiri seperti mana kebanyakan selebriti popular masa kini.

Mengambil langkah proaktif dan sedar akan keperluan tersebut, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, bakal membuka saluran YouTube dan berkongsi kandungan bermanfaat kepada peminatnya.

“Ramai artis yang sudah bergerak hebat dengan saluran YouTube mereka sendiri, manakala saya pula baru sahaja nak bermula.

“Kandungannya nanti akan lebih tertumpu kepada gaya hidup dan motivasi. Ia tidak terlalu serius kerana saya mahu beri manfaat kepada penonton.

1481279Erra bergandingan dengan Puteri Balqis dalam filem Rumah.

“Saya tidak kisah untuk kongsi kehidupan peribadi di rumah, namun perlu ada garis panduannya,” ujarnya kepada mStar.

Selain itu, pelakon yang mendapat jolokan primadona ini turut berkongsi pendapat perlunya seseorang artis itu tahu memasarkan diri dan produk seni mereka.

Apabila menjadi seorang artis tetapi tidak tahu nak ‘jual diri’, itu adalah satu mas4lah

ERRA FAZIRA

PELAKON/PENYANYI

Dalam masa sama, Erra bersetuju selain bakat, nilai komersial juga perlu ada dalam diri seseorang artis untuk pergi lebih jauh.

“Apabila menjadi seorang artis tetapi tidak tahu nak ‘jual diri’, itu adalah satu masalah. Mereka perlu tahu untuk seimbangkan kerjaya dan nilai komersial dalam diri.

“Begitu juga dalam program televisyen yang mencari bakat nyanyian contohnya, akan ada juri profesional dan juri yang mewakili suara penonton,” ujarnya.

Erra ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Rumah di Petaling Jaya pada Isnin.

1481281Barisan pelakon dan kru produksi filem Rumah.

Bercakap tentang filem kali ini, Erra terbuka menerima sebarang kritikan jika penonton kurang berpuas hati dengan lakonannya.

“Kritikan itu adalah asam garam dalam dunia seni. Ada masa orang akan suka dan ada masa penonton tidak berpuas hari dengan sesebuah filem.

“Sebagai pelakon saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada kritikan dari sudut lakonan, itu adalah perkara yang saya perlu beri perhatian,” katanya.

Filem yang membawa kisah seorang ibu tunggal ini turut menampilkan Puteri Balqis dan Mak Jah sebagai pelakon utama.

Filem Rumah bakal ditayangkan bermula 24 Februari di seluruh pawagam tanah air.

Sumber: mStar

Previous article“Adoi part jeling tu”- Video lucu Fizz Fairuz buat ramai teringat ‘Mat Tudung’
Next article“Sepatutnya tunggu 3 bulan, tp saya dh tak tahan..” -Wawa Zainal buang implan, sedia timang anak kelima
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here