Home Hiburan “Eh Mirul Senyumlah,”- Netizen Trkejut Tengok Ekspresi Wajah Suami Ain Edruce

“Eh Mirul Senyumlah,”- Netizen Trkejut Tengok Ekspresi Wajah Suami Ain Edruce

221
0

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara yang pe.tah bercakap iaitu Ain Edruce. Apa saja lakonan yang dibawa olehnya mesti akan meriah dengan kehadirannya di set penggambaran.

Bukan itu saja, personaliti Ain yang juga sentiasa ceria membuatkan ramai terhibur dan senang dengan apa sahaja content yang diberikan di media sosialnya.

Pada tahun 2019, Ain telah sah menjadi isteri kepada Amirul Hafiz Mustaffa iaitu seorang ahli perniagaan dan pada hujung tahun 2021, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Ain Edruce suka berkongsi aktiviti harian beliau dan suami di laman instagram dan Tiktoknya. Tetapi personaliti Ain dan Amirul sangat berbeza di mana Amirul seorang yang sangat pendiam dan serius manakala Ain pula seorang yang suka bercakap dan periang.

060bf303 8198 4b60 a1bb 11b78214bc25

Namun, walaupun Amirul dilihat sebagai seorang yang seriu.s, raut wajahnya dan sifatnya yang pe.malu sentiasa membuat peminat mereka terhibur.

Meninjau ke akaun Tiktok Ain, kita dapat melihat pelbagai jenis video yang memaparkan ekspresi suaminya yang sentiasa dalam keterpaksaan membuatkan ramai terhibur.

Beberapa hari yang lepas, Ain Edruce telah berkongsi beberapa gambar beliau di Switzerland di mana dia bercuti bersama suami dan anaknya. Dilihat Ain sempat berkongsi view di puncak sebuah gunung di sana yang begitu cantik sekali!

98fa055e fc42 4702 8af7 f64a0dd9cbc0

Melihat ke story Instagramnya, Ain sekeluarga menaiki kereta kabel yang menuju ke puncak gunung tersebut. Apabila sampai ke puncak itu, kita dapat melihat Ain dan suaminya yang tidak kelihatan ga.yat dengan keting.gian kereta kabel itu. Wajah anaknya, Soraya, juga kelihatan begitu seronok!

 

Walau bagaimanapun, perkara yang menarik minat semua ialah wajah suami Ain. Rata-rata peminat dan netizen sangat ter.kejut dengan ekspresi wajah suami Ain Edruce yang dikatakan kelihatan sangat teruja kerana selalunya riak wajah Amirul sering dilihat sebagai seorang yang tiada perasaan dan serius.

Mesti la tersenyum. Sesiapa pun yang pergi ke Switzerland pasti akan merasai keseronokan itu, takkan tak gembira kan bila dapat bercuti ke tempat yang cantik itu. -CARI

Sumber: AinEdruce

Previous articleEkin Tertekan Ramai sp3ku Rumah Tangga Goyah Kerana Tak Hadir Pelancaran Filem Mawi
Next articleJalani Sw4b Test, ‘Wanita Genit’ Admit Ward Esok Untuk Czer Anak Pertama. Netizen Tak Putus Titip Doa
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here