Home Hiburan “Dulu Tak Ada TikTok” – Tok Ti Teruja Nirmala Tular Lepas...

[VIDEO] “Dulu Tak Ada TikTok” – Tok Ti Teruja Nirmala Tular Lepas 20 Tahun

195
0

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila lagu Nirmala nyanyiannya tular di TikTok selepas 20 tahun dilancarkan.

Nirmala kembali tular selepas ia dipersembahkan sendiri penyanyi itu pada program Big Stage 2022 pada 6 Mac lalu.

174627geig3jce3jlziezc

Kredit foto: IG

“Saya berkesempatan menonton beberapa video ‘challenge’ atau cabaran ini di TikTok dan tentunya ia sesuatu yang luar biasa bagi saya. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudah memperkenalkan lagu ini dengan cara begini.

“Pastinya saya teruja, bahagia dan terharu apabila Nirmala ada versi cabaran yang tersendiri dilakukan oleh penggemar TikTok, malah ada dalam kalangan selebriti luar negara juga seperti video nyanyian qasidah dan terkini, tarian Nirmala.

“Sebagai rakyat Malaysia dan muzik itu adalah dari album tradisional saya, ini adalah antara cara pendedahan untuk saya dan kita memanfaatkan sosial media bagi memperkenalkan muzik kita ke luar negara,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, lagu yang dilancarkan pada 2002 hasil ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan lirik oleh Che’ Kem itu bukan saja indah melodi dan liriknya, tetapi juga malar segar.

174627qvnnsptazaavyzai

Kredit foto: IG

“Saya akui bahawa Nirmala selalu saya persembahkan kerana ada ciri atau ‘trademark’ khas tarian terutamanya pada bahagian korus lagu ini tetapi pada waktu dulu tidak ada TikTok dan tentunya hari ini, lebih mudah dikenali kerana begitu banyak platform media sosial yang boleh memperkenalkannya,” katanya.

Ada di kalangan pembaca sudah melakukan #nirmalachallenge?

Sumber: CARI

Previous article“Mommy I Nak Lolipop Flevour Watermalon Please..”Aqeef Anaqi
Next article“Gadis Jepun laa..” (10 Foto) Kecantikan Anak Datuk Ramli MS Jadi Bualan Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here