Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh para netizen mengenai kisah selelbriti yang diminati ramai iaitu Neelofa mengejutkan semua apabila para peminat mula mengorek hal suami kesayangan beliau iaitu Haris atau lebih mesra sebagai PU Riz. Kehidupan beliau setelah bergelar isteri kepada Haris banyak mengajar dan mengubah kehidupan beliau kepada seseorang yang mementingkan ilmu agama dari duniawi. Penggayaan beliau kini sebagai wanita berniqab dan sangat menjaga aurat itu membuatkan para peminat menjadikan beliau sebagai satu contoh yang baik dan diikuti. Walaupun sudah bergelar sebagai seorang isteri dan ibu, Neelofa masih dengan pendirian beliau yang begitu minat akan melakukan perniagaan dan kini perniagaan beliau dan keluarga berkembang maju dan dikenali ramai.
Mengikut sumber dari peminat beliau, beliau dikategorikan salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali ramai dan perkahwinan beliau dan suami suatu ketika dahulu begitu mengejutkan. Namun kisah suami beliau masih dikunci dan akhirnya kini mengejutkan para netizen bahawa ternyata suami beliau bukan seorang yang aktif dalam bidang agama sahaja. Malah keluarga suami beliau merupakan orang yang ternama kerana ayah kepada Haris mempunyai pangkat ‘Datuk Seri’. Namun begitu status keluarga suami beliau masih disorok dan tidak mahu dihebohkan kerana risau akan kecaman dan hentaman dari orang luar dengan kenyataan berkahwin semestinya dengan lelaki yang berstatus sahaja. Dapat dilihat kini, walaupun mereka dikatakan mempunyai aset yang mewah, namun kisah kehidupan mereka masih seperti biasa dan merendah diri serta mereka tidak mempamerkan kemewahan yag mereka ada di khalayak ramai.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Itsbeachy:kalau aq pon rela kne myk pengasih dgn pu Riz hahahahah jgn syuk sudah laaa
@nukilanku27:sebelum Lofa nikah dgn PU Riz lg, Lofa dah ada kumpul aset sendiri..Suka tgk depa ni..
@Imanina 1007:neelofa ni dia kaya la mcm mana pun.otk dia sntiasa bfikir nk majukan diri.sbb dia majukan diri untuk Allah..smua untk Allah,kita boleh nmpk
@mariamaziz:lofa level dia duit dh bekerja utk dia. bkn lg dia bekerja cr duit. kalo ikt formula ESBI.
@Nur Farhani Seroja:beza lah tu.. neelofa ada bisnes sndri PU riz bapak die yg dato sri bukan die..
@B_J91:yg kaya bapak die…die?aku sendiri xkaya…tp moyang kepada moyang aku,orang paling kaya di negeri pasir berdengung..
@aisyahaisy310:alhmdulillah..leps dorg nikah.brula neelofa tu jd mnusia beradap sopan sntun..mndgr kta,xriak takbur,xbergaya sakan..btul berubh
@Ida Wan Mohd:lopa ni..org business.. sblm kawin dia mmg byk duit.. mmg keturunan dh kaya raya.. jadi lopa haris mmg org berada
@KathrineLee3.0:Bila msa lofa x kja, dia msih aktif je dgn bisnes, xde artis kaya kat Malaysia ni yg dah x kja, malah smakin aktif, smakin kaya smakin tingi managemnt
@Mizs Eisya:ya allah dua dua tu org kaya. ayah tiri neelofa tu pon dato. mak pak sedara dia semua kaya ada yg kawin dgn anak raja.
@Nurul Hanisa353:ni lah yg neelofa kata, penyakit ain. baguslah dia xtunjun gambar anak dia
@Gnei Ugeenai Abdul A:neelofa pun kaya jgk sblm kawen. dia usahawan berjaya Dan income berjuta2. lgpun family dia pun kaya raya jgk
Para netizen yang baru mengetahui perihal ini membuatkan mereka terkejut dan masih memikirkan keadaan Neelofa yang masih inginkan pekerjaan. Neelofa masih dengan sikap berdikari yang ingin membantu orang luar dalam berniaga dan beliau banyak membantu keluarga beliau sendiri dalam menguruskan perniagaan dan mengikut sumber juga, Neelofa bukan seorang yang hanya menggunakan duit suami kerana beliau pada mulanya sudah mampu mempunyai pendapatan yang lumayan sewaktu beliau aktif berkarya sebagai pelakon dan model. Apa apa pun, para peminat mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan suami semoga dapat menjalani kehidupan rumahtangga dengan baik dan aman.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari tiktok dan Instagram