Home Isu Semasa Dua Mayat Wanita Sudah Berbau Ditemukan Dalam Kereta

Dua Mayat Wanita Sudah Berbau Ditemukan Dalam Kereta

118
0

Dua mayat wanita ditemui dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di sini, hari ini.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu disedari oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta yang terkunci.

“Sebaik tiba pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas…”

“Terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan yang kemudian pihak kita menyerahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya…”

Difahamkan, dua wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari, berdasarkan keadaan mayat mereka yang sudah kembung dan berbau busuk.

Seorang daripada mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan, namun identiti kedua-duanya belum dapat disahkan buat masa ini.

Mayat kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Makin Lama Makin Cantik Berseri-Seri..” – Peminat Puji Ira Kazar Seiras Deepika Padukone
Next articleYusri Yusoff Tak Mengaku Salah Guna Wang RM67,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here