Home Isu Semasa “Dpat Iphone 12 weyyy..” (Video) Aksi Spontan BFF Single Terharu Dpat Hadiah...

“Dpat Iphone 12 weyyy..” (Video) Aksi Spontan BFF Single Terharu Dpat Hadiah Iphone12, Rupa-Rupanya…

204
0

LAKONAN mantap seorang wanita berjaya memperdaya hampir 700,000 penonton yang menyaksikan video rakaman bagaimana terharunya dia apabila menerima hadiah berupa sebuah Iphone12 daripada dua sahabat karibnya.

“Orang lain tak akan faham kenapa kita sanggup simpan duit untuk bahagiakan sahabat kita,” tulis salah seorang warga maya yang “t3rtipu” dengan lakonan mantap Muna Saidah Mohamad Yong, 32.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, Noor Ain Zakaria yang merakam serta berkongsi video tersebut di laman TikTok berkata, rakaman itu sebenarnya gur4uan diantara mereka tiga sahabat.

“Sebenarnya Muna beli telefon tapi dia tinggal kotak kosong dalam kereta saya, masa pergi lunch benda tu spontan je, kami beritahu dia kata nak bagi hadiah, mula-mula tu bagi kotak kosong je tapi lepas tu kami rasa tak best jadi buat semula.

“Saya ambil telefon dia letak dalam kotak lepas tu saya cakap berlakon, jadi dia pun berlakon dan memang reaksi dia tu spontan dan tak rancang. Boleh tengok dalam video kami gelak sebab itu memang gur4uan semata-mata,” katanya sambil menambah seorang lagi rakan mereka yang turut bersama adalah Nur Izzati Shahira Che Mohd Azmin, 29.

WhatsApp Image 2021-11-10 at 11.02.58 PM

Muna (depan sekali), Izzati dan Ain merupakan sahabat baik.

Menurut Ain mereka bertiga sememangnya sahabat karib sejak masih bujang sehinggalah kini dia mempunyai dua cahaya mata.

Katanya, dia mula berkenalan dengan Muna dan Izzati sejak bertugas di Majlis Sukan Negara Terengganu pada tahun 2015.>

1366145

Tiga sahabat karib ini sangat akrab mereka sering bercuti bersama-sama.

Menurut Ain, walaupun dia kemudiannya terp4ksa berpindah ke Putrajaya pada tahun 2019 disebabkan tugasnya, hubungan mereka kekal rapat seperti biasa.

“Memang suami-suami pun berkawan dengan Muna sebab selain pandai berlakon dia pandai rampas (berkawan) suami kita orang juga.

“Kalau suami Ain nak datang naik flight ke Putrajaya memang diaorang yang tolong hantarkan tapi tahun 2020 Ain dapat tukar Terengganu dan bekerja sebagai Pegawai Eksekutif di Insititut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali.

“Per4ngai kami memang gila-gila, kalau pegi holiday pun memang angkut anak-anak dengan Muna sekali,” kongsinya.

Sumber:mStar

Previous article“Baby trcᾰmpak kluar..” Lelaki Ni Dedᾰh Dεtik2 Cemᾰs Bercuti Di Teluk Cempedak Buat Ramai Terkεjut
Next article[VIDEO] Did4kwa Pernah ‘Bεnci’ Memey Suhaiza, Sekali Ini Respo̞n Pᾰdu Abby Abadi
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here