Home Viral “Doakanlah semoga Tengku Hassanal Temu Jodoh Dengan Seorang Puteri Juga…” – Raja...

“Doakanlah semoga Tengku Hassanal Temu Jodoh Dengan Seorang Puteri Juga…” – Raja Permaisuri Agong

292
0

Seperti mana yang telah rakyat Malaysia maklum, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari 2024.

Tularnya video memaparkan majlis perkahwinan Agong dan Raja Permasuri Agong iaitu Tunku Azizah Aminah pada sekitar tahun 1986 lalu.

Majlis tersebut dianjurkan secara meriah dan diberi liputan media tempatan pada masa itu. Yang menarik perhatian ialah, video yang menjadi viral itu juga mendapat respons dari Raja Permaisuri Agong, yang mengenang kenangan semasa majlis perkahwinannya ketika itu ketika menonton video tersebut.

“Ya Allah, mudanya kami berdua…” – Raja Permaisuri Agong

Selain itu, Raja Permaisuri Agong turut meninggalkan komentar doa, berharap agar anakanda keduanya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, dapat bertemu dengan jodoh yang baik.

“Doakanlah semoga Tengku Hassanal bertemu jodoh dengan seorang Puteri juga, insya-Allah…” – Raja Permaisuri Agong

Komen tersebut juga menarik perhatian netizen, yang kebanyakan berseloroh dan menyatakan harapan mereka untuk bertemu jodoh dengan Tengku Hassanal tidak kesampaian.

Lihat klip video di bawah:

@bebelancikmin Nah min sharekan video perkahwinan KDYMM YDP Agong ke-16 kesayangan kita. Comel je pengantin bersanding 🥰🥰 #royalfamily #permaisuriagong #agong #pahangroyalfamily #johorroyalfamily #throwback #pengantindiraja #bebelancikmin #LearnOnTikTok ♬ bunyi asal – Apa2 Aje di Tiktoku📌 – Apa2 Aje di Tiktoku 넬리📌

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleTukar Video Ustazah Kongsi Doa Kuatkan “Suami” Di Acara Anjuran Neelofa
Next article“Masuk Air Betul Diorang Ni..” – Telatah Angah Dan Roy Di Sinar FM Hibur Hati Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here