Malang tidak berbau. Mangsa rakyat Malaysia yang bekerja di Myanmmar telah menceritakan pengalaman ngeri yang dilalui olehnya di negara tersebut.
Menerusi klip video tersebut menunjukkan bahawa satu daripada mangsa tersebut telah ditemu bual oleh media dan mengatakan bahawa negara tersebut tengah ‘aim’ kepada rakyat-rakyat Malaysia. Mangsa tersebut memberitahu jika ‘sale’ tidak mencapai 30 ribu sehari, pekerja-pekerja akan diugut untuk makan tikus, khinzir dan lebih teruk lagi, menghantar pekerja untuk dirogol. Mangsa tersebut juga turut melafazkan rasa syukur kerana dapat pulang ke Malaysia dan memberitahu masih ramai rakyat Malaysia yang terperangkap di negara itu.
Rata-rata netizen mengatakan ini lah yang terjadi apabila budak-budak muda terpedaya dengan gaji yang lumayan dan ingin duduk di luar negara. Ramai juga yang menasihatkan agar anak muda tidak mudah terpedaya dengan duit. Ada juga yang memuji tindakan Yang Behormat Sim, yang telah menolong mangsa-mangsa di Myanmmar dari zaman beliau menjadi pembangkang sehingga sekarang.
Klip video tersebut mendapat sambutan yang sangat hangat dan mempunyai sebanyak 2.0M tontonan, 50K sukaan dan 4K komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@Uncle Kampung Cina: Yb sim tu dr jadi pembangkang sampai skang jd kerajaan duk tolong bawak balik org kita kat myanmar.
@SAYONARAAAA: uishhh..tolong la Malaysia naikkn gaji kshn rmai rkyt kta kluar negara cri keje jdi mcm ni
@Swetty_girl: X kisah lah gaji kecik dlm malaysia,asalkan ckop makan pakai n ada tmpt berteduh,yg penting x jauh dr keluarga
@SomatMat547: nak cept kaya berhati hati la..nak kerja di negara lain fikir betul2 dan ambil tau kerja apa yg anda kerjakan..
@Naim047: kepada smua anak muda..nk cri gaji besar dlm Malaysia bnyk rajin psti ad hasil nya..jgn pkir tawaran luar negara tu lbih tinggi..dri kita dlm bahaya.
@rider2062: jadikn la bnda ni sebagai pengajaran utk kita semua…jgn terlalu mudah terpedaya dgn tawaran gaji yg mewah…”kemewahan bkn ticket utk capai bahagia”
@Haiqal Hidayatulllah: mcm ada yg tak kena je..entah2 ni taktik dorg jgk..dah untuk dorg lepas..yg peliknya..dah kena rush..sampai skrng kepala die Masih lg kena dakwa
@Solihin Che Din: modus operandi dia mudah ja.. peluang pekerjaan kat negara maju.. korea/japan.. flight transit kt myanmar.. sampai myanmar.. game over
Sumber: Tiktok,