Pendakwah Asma’ Harun memuji sikap matang pelakon Janna Nick ketika namanya dikaitkan dengan kontroversi drama Surat Dari Tuhan.
Asma’ mengatakan dia menerima pesanan mesej dari Janna selepas memberi teguran kepada pihak produksi drama tersebut atas adanya babak yang tidak sesuai berada di hadapan makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Nabawi, Madinah.
Asma’ menekankan bahawa walaupun dalam keadaan tertekan, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, tetap mampu menghantar mesej kepadanya dengan menggunakan kata-kata yang sopan.
“Saya salute dengan dia (Janna) dan berharap ramai lagi artis yang boleh ikut cara dia menguruskan konflik…” – Ustazah Asma’ Harun
“Saya terima DM di Instagram daripada Janna, dia mengirimkan mesej dengan baik dan berhemah… Daripada situ saya rasa bagus dan hebatnya Janna…” – Katanya
Asma’ berkongsi peristiwa tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya pada Jumaat. Pendakwah ini juga mengongsi perbualan antara mereka berdua, di mana Janna secara terbuka menerima teguran daripadanya.
Asma’ juga menyatakan bahawa dalam perbualan itu, Janna memberitahu dia bahawa dia menerima kritikan dan mengakui bahawa dia masih cuba memperbaiki diri untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Janna ada beritahu dia memang selalu follow saya dan berasa sedih dengan situasi yang berlaku kerana dia menerima kecaman daripada banyak pihak…” – Katanya lagi
“Janna pun ada mendoakan saya semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dia mengaku dia seorang jahil dan pendosa, seorang hamba Allah yang lemah dan masih cuba memperbaiki diri…” – Kongsinya
Namun, Asma’ menjelaskan kepada Janna bahawa tegurannya lebih ditujukan kepada pasukan produksi drama Surat Dari Tuhan dan bukan semata-mata kepada pelakon itu.
Asma’ memberitahu bahawa dia sedar bahawa sebagai pelakon, Janna tidak mempunyai banyak pilihan dan hanya mengikuti arahan yang diberikan.
“Sebenarnya jika dilihat pada teguran, saya banyak menekankan kepada pengarah, penerbit dan penulis skrip. Kadang-kadang berlaku situasi di mana pelakon tidak mempunyai pilihan untuk tidak mengikuti arahan…” – Tambahnya
“Saya berharap pihak bertanggungjawab
selepas ini lebih berhati-hati dan tidak boleh sesuka hati meminta pelakon untuk melakukan babak tidak baik dan akhirnya pelakon perlu menanggung kesan…” – Katanya lagi
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Youtube
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.