Seorang penghibur jalanan warga emas Malaysia telah menarik perhatian orang awam dan netizen kerana usaha yang tidak berbelah bahagi untuk mencari rezeki. Seorang wanita yang berusia itu dilihat memakai kostum maskot untuk menghiburkan orang ramai di jalanan Kuala Lumpur.
Beberapa imej warga emas itu dimuat naik ketika dia bekerja di Bazar Malam Wangsa Maju.
Salah seorang pengguna Facebook, berkongsi foto penghibur warga emas itu dan menulis, “Saya kagum melihat kesungguhan dia, saya kagum, terutamanya pada usia ini di mana mereka sepatutnya berehat dan tinggal di rumah.”
Baca juga : “Sedih Tengok Lembu Yg Hampir Lemas”-Ustaz Ebit Lew Bantu Lembu Yg Terperangkap Dlm Banjir
Baca juga : “Sedih, Kucing Tidur Di Kubur Arwah Tuannya”-Buat Ramai Sebak
“Di sebalik kegembiraan orang ramai mengambil gambar dengan maskot kartun, saya terkejut apabila melihat salah seorang maskot kartun itu adalah seorang warga emas dalam lingkungan umur ibu saya dan mungkin juga seusia ibu bapa kamu.”
Ada kalanya, warga emas kelihatan keletihan dan membuka ‘maskot’ untuk menghirup udara segar ketika bergelut mencari rezeki.
Lihat apa kata warganet :
Sungguh sukar mencari rezeki, banyak usaha dan pengorbanan yang harus dilakukan demi sesuap nasi. Rata-rata warganet semuanya terkejut dan sangat bersimpati dengan nasibnya.
Bagi mereka yang berdekatan, bolehla support dan berikan sedikit sumbangan kepada wanita tersebut.
Sumber : Weirdkaya