Sejak akhir-akhir ini rancangan realiti TV terbaharu berjudul Terpaling Juara semakin menjadi bualan hangat ramai. Para peserta merupakan penyanyi baru dan juga sudah lama, semuanya memiliki kelebihan masing-masing. Dalam episod terbaharu ini, salah seorang peserta wanita yang juga merupakan penyanyi legend tanah air, Francissca Peter membuat persembahan menyanyikan lagu Sekadar Di Pinggiran. Nyanyiannya amat baik dan berjaya mencuri hati peminat. Ramai yang memuji suaranya tidak ubah seperti suara rakaman.
Sewaktu persembahan, Dato’Hattan yang merupakan juri kepada pertandingan tersebut menyanyikan bersama-sama dengan Francissca dek kerana mengimbau kenangan lalu dengan lalu legend tersebut. Namun, semasa pertengahan nyanyian, ada bahagian lagu yang diimprovasi oleh Francissca yang membuatkan Dato’Hattan sedikit keliru dan terkejut.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@kayuarang:dr muka dato hattan silap2 ltk jwtn sbg penyanyi plk nanti..
@tipahsaat:Sya membesar dgn lagu ni .bg Sya ok je..klu sama dari dulu pun boring juga..yg penting vokal tetap mantap
@Ramzibroker:the real of nak marah tp kena sabar
@apamaukira7779:hadoiiii tgk berkali2 wey….hadoooooiii sakik perut weehhhh
@Kak june ☁️:yeeeee bila tukar mcm x best klu tukar dari awal ok kot ni tiba2 tengohh jalann mmg makan dalam lerrr dato hattan
@userrohaida:stress dato hattan baru nk nynyi sme2
@kazmanzal:dah sangat jauhhhhhh & mendalammmmmm ke laut yang paling dalammmmm #TerpalingDalam
@EL VIN:tak boleh tarik nyaring dh dato.. adehhh..
@Cyberina:Mendalammm… mcm mak jah mak jah nynyi kat dapur tgah goreng pisang
@acik.ko0:FYI Fransissca Peter 3 tahun lebih tua dari dato hattan and pemenang AJL 1
Francissca Peter ni memang legend laa.. Suara dia tiada bandingan sebabtu dia boleh menang AjL 1. Min harap dia dapat terus kekal aktif dalam bidang nyanyian. Komen yang baik-baik yaa..
Sumber Tiktok dan Instagram