Pelakon Zainol Macwilson meluahkan rasa rindu pada anaknya, Zahirah Macwilson selepas sekian lama tidak dapat berjumpa.
Kata Zainal yang berada di Perlis, sehingga kini dia masih belum berpeluang berjumpa dengan anak serta cucunya, Issac Raees yang dilahirkan pada awal tahun ini di Perth, Australia. Anak dan cucunya kini sudah pulang ke Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
“It’s ok kak, papa belum dapat berjumpa dengan kakak dan cucu papa yang comel tu!
“Dapat tengok kakak kat poster telephone Oppo terbaru di merata kedai fon, terubat juga rindu papa. Love you kak,” katanya.
Zainol meluahkan rasa rindunya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama foto anaknya itu.
Entri tersebut mendapat perhatian Zahirah yang berjanji akan berjumpa dengan bapanya tidak lama lagi.
“Love you Papa. See you soon Insya-Allah!” balasnya.
Dalam pada itu, luahan itu turut menyentuh hati pengikutnya yang memahami situasi mereka.
“Sweet la uncle ni tapi sebak juga rasa bila tak dapat nak jumpa anak cucu menantu kan,” komen salah seorang netizen.
“Moga covid ni lenyap dari muka bumi.. boleh kita hidup dalam keaadan normal,” harap salah seorang warga maya.
Zahirah melahirkan anak sulungnya pada 5 Januari lalu di Perth, Australia. Dia yang mendirikan rumah tangga dengan Aiman Hakim Ridza itu baru pulang ke Malaysia beberapa bulan yang lalu.
Sumber: Gempak