Home Hiburan “Dalam Video tu Ko Pegang Pisang, lepastu..” – Ramai Menyirap Lihat Watak...

“Dalam Video tu Ko Pegang Pisang, lepastu..” – Ramai Menyirap Lihat Watak Nadhir Nasar

631
0

Nusyuz Berkiblat Cinta sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2022. Dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae. Siri drama ini telah dimulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 3 April 2022 yang lalu. Drama ini mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya. Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.

Nadhir Nasar dilahirkan pada 17 Disember tahun 1996 berasal dari California Selatan, Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang pelakon dan model lelalki Malaysia, memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020 dan bergelar juara. Nadhir juga mesra dengan panggilan ‘Lucky’. Setelah bergelar sebagai juara Hero Remaja 2020, Nadhir menceburi bidang lakonan. Dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang: Mother Of All Lies. Beliau memegang watak sebagai Erfhan yang bersikap panas baran dan ingin isterinya mematuhi kesemua kehendaknya di dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta.

Shaza Bae merupakan seorang peragawati, pengacara, wartawan dan pelakon wanita Malaysia. Mula dikenali umum selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019. Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan. Memulakan kerjaya hiburan pada 2013 dengan membintangi iklan Raya Petronas yang bertajuk ‘Jahit’, seta menjadi model iklan untuk pelbagai jenama. Shaza Bae memegang watak sebagai Safiana yang terpaksa mendengar kata suaminya dan didera di dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta. Dalam video klip ini menunjukkan, babak drama Nusyuz Berkiblat Cinta ketika Erfhan memaksa Safiana menjadi model dengan produk nya.

Lihat klip durasi pendek drama Nusyuz Berkiblat Cinta:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@dada omico:bro harap lps ni amik watak2 baik plk aku dh start nyirap dh ni dgn kau

@Thumbelina:Alhamdulillah. Lebih rela diceraikan dari hidup kene seksa mcm nie ..terseksa aku tengok drama nie kesian, takut semua ade

@atirawani:Hero & Dewi yg paling pndai berlakon so far

@Sella Sandraa:Bagus la cerai, jgn esok2 rujuk balik dah la, sakit hati tgk la

@gojo’s gf:dah nadhir lafaz cerai ko taknak pulak halah2

@Bebelan Cik Min:kalo sy dpt laki camni, sy dah gembira bila dia lafazkan cerai tu

Netizen turut memberikan pendapat babak melafazkan cerai dalam drama ini. Melihat reaksi Safian ketika dilafazkan cerai membuatkan orang ramai tertanya-tanya, setelah sekian lama beliau didera oleh suaminya sendiri tetapi reaksi beliau tidak bahagia. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 3.8M penonton, 302.3K sukaan dan 2941 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Previous article“Dalam Kerta Alam Dunia, Keluar Kereta Terus Pindah Alam..” – Kantoi Lakonan Nad Zainal Berlainan Baju
Next article“kawan dh ada rambut, tpi..”- Tomok tunggu terbuka hati bt ‘style’ belah tengah semula trus jadi bualan
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here