Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, yang dulunya kerap melakukan kontr.oversi kini dilihat semakin rileks dan sudah jar.ang membuat isu p.anas.
Aliff akui kini sudah mula memperl.ahankan re.ntak di media sosial supaya kehadirannya dilihat lebih matang dan dikenali sebagai usahawan berjaya. Tambahnya lagi, beliau sudah malu membuat perkara-perkara sensasi seperti dahulu memandangkan anaknya kini sudah meningkat remaja.
“Anak-anak pun dah semakin membesar, dah jadi anak bujang dan anak dara. Saya dan isteri menjadi saksi betapa sukarnya nak membesarkan mereka dan kami pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kami sedar.
“Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” katanya.
Namun baru-baru ini dalam satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Aliff Syukri dilihat mengeluh kerana rumahnya terlalu besar dan orang di dalam rumahnya sukar mendengar apabila di panggil.
Sedih sangat bila rumah dah terlalu besar ini pula jadinya ???apa soalan korang nak tanya kat saya sila komen di bawah
@aliffsyukriterlajaklaris Reply to @santai_105 ♬ original sound – Terlajaklaris
Jesteru, perkongsian itu menarik perhatian netizen dan ramai yang tertanya-tanya sebesar manakah rumah usahawan itu sehingga sukar untuk berinteraksi dengan ahli keluarga yang berada di ruangan lain.
Untuk menjawab persoalan netizen itu, Aliff telah berkongsi beberapa rakaman video tentang ruangan di dalam rumahnya serta menunjukkan ruang bilik airnya yang sangat luas dan cantik.
@aliffsyukriterlajaklaris Balas kepada @iwan_01111 nak tengok sangat.. saya tunjuk je untuk korang semua #fyp #fypシ ♬ original sound – Terlajaklaris
Salah satu video yang turut menarik perhatian ramai adalah rakaman yang dibuat pembantu peribadinya (PA) yang memaparkan ruangan makan harian keluarga Aliff Syukri jika tidak ada tetamu.
Rupa-rupanya, meja makan yang digunakan untuk makan sehari-hari sama seperti orang kebanyakkan dan Aliff juga terlihat humble memakan lauk-lauk kampung seperti ikan goreng dan jering.
Ramai yang memuji perwatakan terkini Aliff yang dilihat lebih rileks, sempoi dan matang berbanding dahulu ketika bercerita mengenai ruangan di rumahnya.
Netizen juga berharap agar Aliff dapat istiqomah dengan sifat sebegini di masa hadapan kerana tidak membuatkan orang ramai meluat dengan cerita-cerita sensasi yang tiada kesudahan seperti sebelum ini.
Dalam perkongsian lain, Aliff juga berkongsi dua tip untuk menjadi kaya iaitu berniaga atau berkahwin dengan orang kaya.
Jadi, Aliff tanya, korang pilih yang mana? – CARI
Sumber: Cari