Aktres jelita Uqasha Senrose menafikan dirinya yang dikatakan sedang berbadan dua.
Tular di platform TikTok apabila Uqasha dan suami Kamal Adli berjalan di sebuah pasar malam sambil pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa dilihat memegang bahagian perutnya sambil berjalan.
Tampil menjawab d4kwaan itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, memaklumkan dia masih belum hamil.
“Masa tu baju yang Qasha pakai besar dan dia macam terbang-terbang, so Qasha pegang kat bahagian pervt. Baju tu pulak senteng.
“Benda baik mestilah orang macam happy dan excited, orang pulak ingat Qasha dah ada isi. “Qasha tak nak cakap banyak tapi buat masa sekarang kami berdua masih sibuk dengan kerja.
Nak kata merancang pun tak jugak tapi kalau ada rezeki, ada,” jelasnya kepada Gempak.
Tambah kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini lagi, berat badannya bertambah selepas berkahwin sehingga membuatkan tubvhnya kelihatan berisi.
“Banyak yang tegur Qasha dah berisi. Tapi bukannya isi apa, Qasha memang dah gemvk.
Berat badan pun naik sebab enjoy sangat makan. Kamal pun berat naik. Tapi itu la, kalau dah ramai orang tegur tu, kami kena berpada-padalah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Uqasha dan Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 36, mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah vila di Janda Baik, Pahang.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://gempak.com/