Budaya membuli masih lagi tidak dapat dibendung dan berleluasa di kalangan anak-anak. Tidak kira buli mental atau fizikal, ia merupakan perkara yang amat buruk dan memberi impak negatif kepada anak-anak.
Menerusi halaman tiktok, Akak polis, @nidadam membuat perkongsian video tentang keburukan buli serta memberikan amaran dan peringatan kepada anak-anak untuk tidak lagi membuat perkara sedemikian.
“Tolong lah.. korang nak tunjuk hebat dekat siapa buli orang ni? ”
“Jangan rosakkan masa depan korang, kamu boleh dihukum penjara hingga setahun..”
Banyak lagi nasihat-nasihat dan peringatan yang diberikannya agar golongan muda tidak melakukan perkara sedemikian.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Moga adik-adik dapat mengambil pengajaran daripada perkara ini. Jangan lah merosakkan masa depan dengan membuli. Jangan kecewakan ibu bapa yang besarkan kalian daripada kecil.