Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh peminat Elly Mazlein kini menjadi sumber inspirasi kepada semua apabila kisah beliau ketika beliau memasuki pertandingan di sebuah rancangan Gegarvaganza. Pada ketika itu beliau sering dikritik hebat oleh para juri dalam rancangan tersebut sehingga beliau membuat keputusan untuk mengundur diri dalam rancangan tersebut. Walaupun pelbagai hentaman beliau terima pada ketika, semangat beliau tidak patah dan masih mampu manjdi seorang wanita yang berjaya kini.
Dalam klip tersebut beliau meuahkan rasa kesal beliau kerana tidak dapat memberikan satu persembahan yang terbaik buat para peminat dan dalam temu bual tersebut, beliau juga meluahkan rasa susah payah beliau dalam menjadi seorang ibu tunggal. Namun berkat kesabaran dan usaha beliau dalam terus berkarya dalam industri seni ini membuahkan hasil. Kini beliau menjadi seorang pengacara yang begitu hebat sehingga beliau dikatakan seorang artis yang digelar sebagai ‘anak emas’ dalam industri seni.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti:
@Jack:Allhamdulliah sekrg dia bangkit selepas GV, sususan rancangan Allah betul² terbaik buat kak lina
@Noel:Musim ni lepas Dia tersingkir mmg sendu terus.. Bukan mudah nak terima wlupun bertahun berlalu tetap ingat
@nur:masalahhye time GV.bile part die je yg turn komen tok ram..tu silapnye.hahaha
@Eyka Idris:kadang2 org yg slalu ktawa ni pun ada kesedihan yg disimpan.. sbb tu la kdng2 nk ckp kna berlapik.. bkn smua bole trma kata2 kita..
@𝒮𝒶𝒾𝒻𝓊𝓁:kadang orang tu takkan sedar apa kata² dia keluarkan dari mulut dia tu akan menyakitkan hati orang. terlajak perahu boleh diundur terlajak kata² hmm
@kakak kau:kak lina ialah contoh comeback sebenar!
@BabyAiris.Yaya:skrg dia berjaya weii. bkn sekadar ank emas tv3 je, ank emas astro jgk. chayokkk duit berkepok kepok
@erk_elehpishang:tpi allah gantikn yg lebih baik bujang lgi…moga org yg aniaya kak lina tu dblas
@alyanaylena:first time tgok elly bersedih selama ni tgok dia hppy je moga dia trus tabah
@Hanna Ibrahim:Saya takkan lupa dia cerita dia contraction nak bersalin dia drive sendiri pergi hospital
Beliau yang yakin akan rezeki yang ada dalam industri seni ternyata benar. Kini kehidupan beliau sangat seimbang sehingga beliau dikatakan seorang wanita yang memberi pelbagai sumber inspirasi kepada semua kerana mampu membuktikan kepada semua bahawa dalam melakukan sesuatu, kita tidak selamanya akan gagal. Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik buat Elly Mazlein semoga terus sukses dalam kerjaya dan menjadi seorang istei dan ibu yang terbaik buat keluarga tercinta.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram