Home Hiburan Bulan Madu Di Kota London, Perkongsian Foto Puteri Aishah Raih Perhatian –...

Bulan Madu Di Kota London, Perkongsian Foto Puteri Aishah Raih Perhatian – “Nampak Happy Sangat….”

236
0

Pelakon, Puteri Aishah yang kini sudah bergelar isteri berkongsi momen ketika sedang berbulan madu bersama suaminya, Muhammad Firdaus di London, United Kingdom.

Pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman ini telah berkongsi momen manis itu bersama peminat menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik akaun Instagram miliknya.

WhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.36 AMWhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.36 AM 2

Senyuman kegembiraan jelas terukir di wajah pelakon berusia 27 tahun ini ketika meluangkan masa bersama suaminya di sekitar kota tersebut sambil menikmati momen indah bersama.

Malah, pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan turut berkongsi foto ketika berada di sekitar kawasan roda feris terkenal dan terbesar di Eropah, iaitu ’The London Eye’.

WhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.39 AM 3WhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.40 AM

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan buat pelakon drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim itu.

“Enjoy your honeymoon Put,” tulis seorang warganet.

“put nampak happy sgt,” tulis peminat.

“Take care you .. happy honeymoon,” titip lagi seorang wargamaya.

“Cantiknya put!! Enjoy your trip sana. Saya sejujurnya cemburu. Sekian,” komen seorang peminat di ruangan komen berkenaan.

WhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.39 AM 2WhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.39 AM

Sekadar informasi, Puteri mendirikan rumah tangga bersama Firdaus pada tanggal 21 November lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

WhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.38 AMWhatsApp Image 2021 12 02 at 10.18.37 AM

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Puteri Aishah via MH

Previous articleMas Khan Kongsi Video Romantis Saat Lamar Diana Nasimuddin Sebagai Isteri, Peminat Teruja!
Next article“Nak S4ngat Anak Ramai Kan..”Wawa Zainal Sengaja Bvli Aeril Supaya Setuju Tutvp Kilang!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here