“Mengalir air mata pakcik Julamri, hadiahkan basikal baru buat dia, pakcik jual sayur RM1 di tepi jalan, paling banyak pernah dapat RM15 saja sehari, anak 5 orang, setiap pagi hantar anak ke sekolah gunakan basikal. Borong semua sayur pakcik jual”
Begitulah caption yang tertulis pada video @adrianedy7 di mana videonya telah membuat ramai netizen sebak. Menerusi video tersebut dapat dilihat pemilik video membeli semua sayuran yang dijual oleh seorang pakcik yang berniaga di tepi jalan. Katanya pakcik tersebut menjual sayuran tersebut dengan harga RM 1. Apa yang paling menyentuh hati adalah apabila pemilik video tersebut menghadiahkan pakcik penjual sayur itu sebuah basikal. Dapat dilihat raut wajah pakcik yang gembira bercampur sedih apabila menerima hadiah tersebut.
“Pakcik Julamri kata dia tidak percaya dapat basikal baru, macam mimpi katanya, dia memang mahu beli basikal baru tapi belum mampu, syukur rezeki dia”
Baca juga : “Bukan Sng Nk Cari Org Kaya Baik Hati Cmni..”-Cerita Sbnr Budak Grab Langgar Alphard
Baca juga : Dah Terlalu Kaya Sampai Buang Duit Tepi Jalan?
Lihat video penuh di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen warganet :
@tifah8902 : Ya Allah…pagi² mata dah masuk habuk. Semoga yg pemberi ini di murah kan rezeki
@sasuke : tak akan miskin bosku..terbaik bosku
@elisafowcc27april : sihat selalu org baik,,god bless u and your team !!
@cEYcera1993 : selalu nmpk pacik ni tepi jln lokwi ..trdetik mw singgah nk borong. tp blm brkesmptn..thanx bro
@suriana_hezzy : alhamdulillah trma ksih awk smoga awk d murah kn rzki..hnya tuhan yg dpt membalas budi baik awk adrian
Rata-rata komen memberikan komen yang baik-baik sahaja malah ada yang mendoakan supaya lelaki berbangsa cina ini sentiasa dimurahkan rezeki supaya dapat menolong lebih ramai orang di masa akan datang.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram