Home Hiburan “Besar Pengorbanan Dia, Sanggup Bekerja Untuk Sara Kakak Sambung Belajar..” – Netizen

“Besar Pengorbanan Dia, Sanggup Bekerja Untuk Sara Kakak Sambung Belajar..” – Netizen

424
0

Pelakon yang sudah menceriakan dunia seni dari kecil lagi, Aedy Ashraf, 30, pernah mendedahkan terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat, selain tak tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu dia berharap pengikutnya dalam media sosial tidak melakukan perkara sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

“Melihatkan pengikut dalam media sosial, mereka adalah adik-adik saya. Saya tak mahu perkara ini menjadi ikutan kepada mereka. Kalau saya ada peluang sambung belajar, saya akan beritahu semua orang bahawa perkara ini sangat penting. Saya akan pergi sejauh yang boleh untuk belajar, tapi saya tak cukup bertuah, itu sahaja.

“Saya tak pernah cakap pelajaran itu tak penting, ia berharga untuk semua orang. Tapi, saya tetap tekankan kerja keras juga penting. Saya tidak cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga memiliki keistimewaan. Itu sahaja halangan saya untuk meneruskan pembelajaran. Tapi, jika kalian ada masa atau rezeki untuk sambung belajar, tolong ambil peluang itu sebab ia sangat penting,” katanya.

Bertanyakan jika dia menyesal berhenti belajar, Aedy berkata yang dia tidak menyesal sama sekali.

“Saya tak menyesal sebab apa sahaja yang berlaku dalam hidup semuanya sudah tertulis. Saya fikir sangat mencabar menempuhinya kerana ia bukan proses yang mudah.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ada keluarga yang sentiasa menyokong,”

Ada info mengatakan Aedy terpaksa bekerja dari usia muda kerana ingin menampung pelajar kakaknya. Sikap bertanggungjawab Aedy ini membuat rata-rata peminat kagum dan memuji sikap pelakon kacak itu.

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Adriana Matthew: sy btul2 ingat dia lama hilang sbb dia sambung study owh 😭😭😭😭 rupanya dia terus keja utk sara kakak dia sambung study

@uj (Taylor’s Version): awww I baru tahu. So much pain in her life actually. Aedy deserve much love from her future wife

@NO NAME: aedy ada aura tersendri klau blakon..mcm aeril zafrel aura dia klau crita cinta..

@KIEDAAAA: adik shila amzah patut berlajar tanggungjawab dengan aedy ashraf

@❤️💚SueZaNA💚❤️: aedy anak yang baik ,semoga sentiasa dlm Rahmat Allah dik..semoga sentiasa dimurahkan rezeki berlipat Kali Ganda dlm pelbagai cara aamiin

@user9852921753334: tak habis sk tak susahkn mak ayah dh cukup baik… kdg2 keadaan yg memaksa..takpe lah Aedy..dah begitu susun atur Allah beri…

@tulips: Dia work hard gile dn dari kecik dah pgg tanggungjawab yg sgt bsr dlm family sbb parents dia berpisah sjak kecik

@Yuharaa: ingatkan selama ni dia menghilang dia sambung belajar rupanya dia terus kerja untuk menyara kakaknya yang tengah study..baik budak aedy ni

Previous article“Ada Harga Diri Ke, Nak Sibuk Sangat Kacau Shima…” – Baby Shima Sound Zhiddin Aziz
Next article“Saya Bukan Isteri Awie Tau, Tunang Pun Dah Putus..” – Erra Fazira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here