Home Hiburan “Bertahun2 mnunggu peluang, tpi..”- Markah keseluruhan 7.32, Tuah Adzmi Tiada lagi Big...

“Bertahun2 mnunggu peluang, tpi..”- Markah keseluruhan 7.32, Tuah Adzmi Tiada lagi Big Stage

130
0

Bertahun-tahun menunggu peluang untuk bergelar peserta pertandingan Big Stage, namun penyanyi juga komposer muda Tuah Adzmi te.rpak.sa akur apabila menjadi peserta ketiga ter.sing.kir daripada pen.tas pertandingan program berkenaan sebentar tadi.

Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, ter.sing.kir selepas mendapat markah keseluruhan terendah iaitu sebanyak 7.32 peratus pada konsert minggu keempat Big Stage musim keempat (BS4) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pada konsert mingguan tersebut, Tuah menyampaikan lagu Malam Semakin Dingin nyanyian asal Tajul dan Afieq Shazwan.

WhatsApp Image 2021 05 16 at 6.02.55 AM 1621125008

Sementara, Aisha Retno yang mendendangkan lagu Lathi (Weird Genius feat Sara Fajira) dan sering muncul dengan persembahan hebat kekal unggul sebagai peserta paling cemerlang dengan markah tertinggi daripada juri iaitu berjumlah 89.0 peratus.

Minggu depan bakal menyaksikan sembilan peserta mendendangkan lagu-lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga juri tetap BS4.

Senarai lagu tersebut diumumkan sendiri oleh juri tetap, Ajai pada penghujung konsert.

lirik lagu tuah adzmi kecewa

Antara lagu popular Siti yang bakal menjadi tuga.san peserta termasuklah, Ku Milikmu, Purnama Merindu, Anta Permana dan Cindai.

Konsert BS4 menyaksikan penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz sebagai Juri Pe.das dan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida kekal di kerusi Presiden Netizen.

Sementara, juara Gegar Vaganza musim kelapan, Aliff Aziz kembali men.gisi kerusi Juri Juara.

IMG 20181227 144623

Sebagai info, selebriti sensai Iqbal Zulkefli diumumkan sebagai peserta pertama yang ter.sing.kir dan diikuti Lia Aziz pada minggu lalu.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Previous article“Syafinaz Tegur Ajai secara soft..” – komen Syafinaz raih perhatian ramai
Next article“Maaf sy tk sempat nak..” (Video) Zalif Sidek Sudah Brgelar Suami, Ini Sekitar Majis Perkhawinan Raih Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here