Jika kita berbuat baik dengan orang pasti rezeki yang akan datang menjadi lebih baik.
Baru-baru ini di tiktok @syurgo makeney dapat dilihat satu situasi yang agak menyentuh hati di mana seorang pemilik perniagaan makanan telah membantu dua orang budak lelaki. Dikatakan budak lelaki tersebut datang ke kedai dan bertanyakan harga hotdog di situ. Kemudian apabila mengetahui harga hotdog tersebut Rm 2 terus mereka berlalu pergi. Keesokan harinya mereka masih lagi datang ke kedai tersebut dan bertanyakan harga hotdog itu. Pemilik kedai tersebut terus memberi apa yang budak itu mahukan dan siap pesan kepada budak tersebut untuk datang lagi setiap pukul 6.
Apa yang paling memberi kesan adalah apabila dua budak lelaki tersebut tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada wanita pemilik kedai itu. Dan apa yang paling tidak menyangkakan adalah apabila budak lelaki berdua itu pergi, ramai pelanggan yang datang ke kedai mereka.
“Dia DTG membawa rezeki…. Alhamdulilah tidak jatuh miskin memberi mkn UTK org2 yg memerlukaN. Semoga Allah murahkan rezeki awk Yuni..”
“rezeki tnpa disangka..doa ank2 ni Allah dgar”
“Menangis teruk saya tgk video ni. Allah janjiMu benar!! Bila kita memberi, TAKKAN rugi.”
Lihat kisah tersebut di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga apa komen netizen :
@manusia sendu : tanpa sedar ramai yg turut mendoakan k.yuni,apepon moga allah sentiasa murahkan rezki k.yuni
@Nur Hidayah Mohamed : semoga Allah murahkan lagi rezeki yuni.btakung air mata ni,kdg ad benda xdpt nk penuhi kehendak ank2..semoga kita semua dilimpahkan rezeki.
@Cix_zilla : ya allah semoga rezeki awk dipermudahkan,cuba kalo ank sy berada ditempat budak tu
@Mas Puteri : saya MMG x boleh tgk video mcm ni..sebak.auto mata meleleh…tq sis org baik
@Nur Rasidah961 : YaAllah sedihnya tgk vtt ni..betulla Allah hantar ujian utk uji kita..hikmahnya lps tuu ,rezeki utk kita
@queeninmyhouse : masyaAllah kongsi rezeki dgn anak2 soleh..betul akn jd peluas rezeki & berkat
@farhana_mz : tgk dorang rsa sedih.. ni kan pulak awk ada kt situ.. smoga dimurahkan rezeki awk ye..
Kebanyakan warganet berasa terharu dan mereka semua mendoakan supaya wanita pemilik perniagaan tersebut sentiasa dimurahkan rezeki asbab mempunyai niat yang baik dalam menolong dua budak lelaki tersebut.
Baca juga : “Rezeki Tak Salah Alamat”- Abang Cleaner Dapat Angpau Berjumlah RM800
Baca juga : Pensyarah Sebak, Lihat Bekas Pelajar ‘Struggle’ Cari Rezeki
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram