Home Hiburan “Bercinta Dengan Aedy Ashraf..” – Akhirnya Daiyan Trisha Beri Jawapan Yang Ditunggu...

“Bercinta Dengan Aedy Ashraf..” – Akhirnya Daiyan Trisha Beri Jawapan Yang Ditunggu Peminat

749
0

Daiyan Trisha dan Aedy Asyraf ialah antara pelakon yang terkenal di Malaysia. Mereka mulai rapat sejak kecil lagi bermula dengan rancangan televisyen Dee The Series. Menerusi temebual bersama Daiyan Trisha, dia telah menafikan dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Aedy Ashraf selepas kedua-duanya memuat naik foto menonton konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay di Stadium Wembley, London, baru-baru ini. Pada mulanya berat untuk berkongsi hal peribadi kepada media, namun pelakon itu bagaimanapun tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.

Dia berkata,

“Kami memang berkawan baik dan sudah lama kenal. Kami mula rapat selepas berlakon bersama-sama dalam drama Dee The Series. Kami memang berjanji untuk menonton konsert Coldplay bersama-sama kerana minat dengan kumpulan itu”.

“Rasanya tidak salah kami pergi menonton bersama-sama dan kami bukannya pergi berdua tetapi turut ditemani beberapa rakan. Lagipun kami ke sana secara berasingan. Saya ke London dari New York kerana ada urusan kerja, manakala Aedy pula dari Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 di sini.

Menurut Daiyan, dia terkejut apabila video dan foto mereka tular sehingga disangka menjalin hubungan cinta sedangkan niat awal memuat naik perkongsian itu adalah berkongsi perasaan teruja masing-masing.

“Lagipun memang kami menonton konsert itu bersama, jadi kenapa saya perlu menyembunyikan perkara yang betul. Saya memuat naik hantaran di laman sosial sekadar ingin berkongsi kegembiraan kerana dapat menonton konsert sebuah kumpulan yang memang sangat saya minati,” katanya.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen:

@IRAA racun tiktok:apa punya soalan? nak cakap daiyan nak tumpang populariti aedy ke? wth daiyan tu banyak jadi duta weh. HAHAHAHA apoo seh, banyak job dia woii

@orked:Dia mmg popular, nk lonjak kan apoo.

@Belle:Kalau daiyan bercinta pun netizen tak kisah. Netizen tak ambil tahu hal artis, media je sibuk nak tahu

@mummy7785:ingt aedy Tu paling femes ke cmne soalan wartawan ni

@fairie:prempuan ni cerita psl jantan jelah

@.:Pedas betul soalan repoter “akan melonjakan balik pepoluriti ke macam mana” sian dayan .. terguris hati dia ..

@AisyahJohar:temuramah ni aku tengok muka daiyan ni biasa biasa ja.

@G:Dia ni lawa tapi kenapa nampak lain dari dlm gambar

@HafizFida:aku syak wartawan tak buat homework.. sape lagi popular wei.. apooo

Akhirnya Daiyan bukak mulut jugak pasal hal ni. Min doakan yang terbaik korang berdua, kalau betul bercinta min doakan semoga kalian berbahagia dan dapat meneruskan perhubungan ke langkah yang seterusnya. Komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Masih Mulia Kerja Tu..”- Pemegang Ijazah Tak Malu Tolong Ibu Kerja Tepi Jalan Buat Ramai Kagum
Next article“Akhirnya Neelofa Kongsi Wajah Muhammad Bilal..” – Netizen Teruja Dapat Lihat Buat Kali Pertama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here