Datin Janet Yeoh menitiskan air mata kegembiraan apabila mengetahui kemenangan anak perempuannya. Janet dan ahli keluarganya yang lain menonton Oscar Award secara langsung pada majlis tontonan khas yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion KL, pagi tadi, 13 Mac.
Antara tetamu yang menyaksikan detik bersejarah itu termasuk Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, model dan pelakon Amber Chia, Nasha Aziz, dan Sangeeta Krishnasamy, serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
OSCAR 2023 | Michelle Yeoh, pelakon Asia pertama julang Oscar Pelakon Wanita Terbaik
Video penuh di https://t.co/vSqXLJoYcm pic.twitter.com/k97qnwNfrs
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) March 13, 2023
Sejurus selepas kemenangannya, aktres itu dilihat dalam panggilan telefon dengan ibunya untuk meraikannya
“Saya sangat gembira dengan kejayaan Michelle,” kata Janet kepada The Star selepas penyiaran Oscar.
“Dia memenangi anugerah itu kerana dia seorang yang rajin. Kalian boleh lihat cara dia bertarung dalam filem, cara dia beraksi. Dia sangat cantik, berbakat, dan juga bijak,” tambahnya.
Dalam tweet oleh wartawan CNA Melissa Goh, Yeoh dilihat melalui telefon bersama ibunya, membuat flying kiss dan mengangkat anugerah Oscarnya, manakala beberapa ahli keluarga dan rakan lain sangat gembira tak terkata.
Sumber : SAYS