Home Viral “Belajar Dari Kisah Abang Tesla, Akhirnya aku Undur Diri…” – Isteri Pertama...

“Belajar Dari Kisah Abang Tesla, Akhirnya aku Undur Diri…” – Isteri Pertama Dedah Sudah “Makan Hati” Dengan Suami

484
0

Tular di Tiktok mengenai satu klip video yang telah dikongsikan oleh seorang ‘Tiktokfamous’ yang bernama Safinatunnajjah Nasir yang memaparkan perjalanan kehidupannya selepas dimadukan oleh suaminya. Menerusi klip video tersebut, wanita yang berusia 32 tahun itu telah berkongsi kehidupan berpoligami dalam rumah tangganya.

Nama panggilan, Fiena yang dikatakan sudah berusaha memujuk suaminya agar tidak berkahwin lagi, namun begitu, permintaannya telah ditolak dan suaminya telah memilih untuk meneruskan hubungan bersama isteri keduanya kerana mereka sudah saling menyayangi.

Situasi tersebut telah memaksa Fiena untuk membenarkan suaminya berpoligami walaupun jauh di sudut hatinya beliau masih memendam rasa kecewa terhadap suaminya.

Walau bagaimanapun, beliau sudah tidak mampu bertahan, lalu memutuskan untuk bercerai dengan suaminya selepas 10 tahun bersama.

“Ketika itu saya sudah menerima dia yang sudah berkahwin semula dan cuba berbaik dengan isteri keduanya, tetapi semuanya sukar. Sekarang alhamdulillah lebih tenang. Tiada lagi kekecohan dan perselisihan faham…” – Fiena

Dalam masa yang sama, ibu kepada tiga orang anak ini menafikan bahawa wanita di luar sana mudah menerima poligami kerana ianya banyak ujian dan rintangan yang dilaluinya ketika dipaksa berkongsi kasih dan sayang.

Lihat klip di bawah:

@fiena_nasirAda juga yg bahagia dengan poligami. Mungkin lihat pada niat si suami dan niat wanita kedua. Jika baik, baiklah yg berlaku.. Tapi untuk aku, mgkin sampai disini saja.

♬ original sound – ABG.TESLA

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kejeee Boss..” – Gelagat Adik Comel Bekerja Di Kedai Makan Buat Ramai Terhibur
Next articleTular Isu Bapa Berubah Selepas Kahwin Baru, Sekali Shila Amzah Ulas Sesuatu Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here