Home Dunia Baru Je Kena Saman Dengan A Aida, Ini Tindakan Amelia Henderson Buat...

Baru Je Kena Saman Dengan A Aida, Ini Tindakan Amelia Henderson Buat Ramai Terkedu

341
0

Amelia Thripura Henderson atau dikenali sebagai Amelia Henderson merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober tahun 1995, berasal dari Klang, Selangor. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai model ikan, seterusnya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa drama dan filem.

Baru-baru ini Amelia Henderson telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada seorang penerbit filem dan drama iaitu A.Aida kerana melanggar kontrak penggambaran drama yang berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Peguam yang mewakili Amelia iaitu Wan Nurliayana Abdul Rahman telah menghubunginya mengatakan notis rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada April lalu. Menurut peguam beliau itu, pengurusan kes untuk rayuan tersebut ditetapkan pada 26 Mei ini di hadapan Timbalan Pendaftaran Mahkamah Tinggi Rozana Husin.

Baca lagi: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Depan Khalayak, Pasangan Tersebut Kini Bergelar Kekasih?

Baca lagi: Diminta Buang ‘Tattoo’, Sekali Respon Maryam Buat Ramai Yang Setuju

Screenshot 2023 05 10 171021

Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia untuk membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A.Aida menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd selepas membenarkan tuntutan saman syarikat itu terhadap pelakon drama ‘Kisah Cinta Kita’.

Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada selaku plaintif.

Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapat perintah injuksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya, dan beliau perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram nya serta memadam semua klip durasi yang mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh 7 hari bermula 7 April yang lalu.

Screenshot 2023 05 10 171135

Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mereka meminta Amelia menganggap perkara ini sebagai ujian dan cabaran dalam hidup agar lebih matang. Ada juga beberapa komen negetif serta kecaman yang dilemparkan kepada Amelia.

Lihat apa kata orang ramai:

Ji Jo: Anggaplah ujian dan cabaran ni semua sebagai peringatan supaya hidup lebih matang.

Hanif Rajk: Women always right but their right always jadi kayuuuu

Inspektor Mazlan: Kami kaum lelaki sentiasa berpihak pada Amelia. Kami mendokong kebenaran dan kecantikan.

Rizal Rodzuan: Perempuan sama perempuan gaduh, lelaki dok tepi tengok diam2 sudah.

Ridzal Iskandar: Bukan hari tu beria sgt nk kena saman ke ,bayar je la cik cntik manis

Khairul Anuar: ajak berdamai mcm Idris khan tak nk…nk juga lawan adoiiyaiii….

Idros Osman Idris Osman: Kauorg ni fh nk jadi mcm PMX sikit2 saman, sikit2 saman tak sda benda lain nk buat

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HarianMetro

Previous articleDiminta Buang ‘Tattoo’, Sekali Respon Maryam Buat Ramai Yang Setuju
Next articlePeminat Wanita ‘Cair’, Mierul Aiman Tayang Gambar ‘Sixpack’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here