Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah menfailkan cer4i dan sudah dua bulan tidak sebumbuang dengan suami.
Menerusi satu perkongsian terbaru, Shila berkata dia sentiasa mengutamakan anaknya dalam segala hal. Ujarnya, dia ada caranya tersendiri dalam mengendalikan masalah rumah tangganya.
“Untuk jadi ibu yang lebih baik, saya pilih diri saya. Sha buat keputusan sendiri untuk kendalikan masalah ini dengan cara Sha.
“Please jangan pandang rendah pada Sha cakap Sha tak boleh buat keputusan dan dipengaruhi oleh orang lain. Mungkin itu dulu, sekarang saya nak tentukan kehidupan saya sendiri,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shila berkata semua orang mahukan kebahagiaan dan dia sudah cuba bertahun. Ujarnya lagi, keputusannya itu adalah jalan terakhir.
“Percayalah, ini adalah jalan yang terakhir, dah bertahun Sha cuba. Semua orang nak bahagia. Sha pun manusia biasa. Sha cuma nak cakap kepada ibu-ibu dulu kat luar sana supaya jangan takut.
“Ramai yang suruh ibu-ibu atau bapa-bapa bertahan dalam perkahwinan demi anak-anak.. tapi, ianya bukan perkara mudah..bila kita nak jaga anak dengan perasaan diri terdera, bukanlah satu environment yang sihat untuk tumbesaran anak,” katanya.
“Kalaulah Anak Tak Bangun Ke Toilet…, Shila Amzah Kongsi Cerita Detik Cemas Lalui B4njir!
Tanpa persediaan ment4l dan fizikal, b4njir besar yang melanda Lembah Klang pada Sabtu lalu benar-benar meninggalkan kesan pada semua. Penyanyi Shila Hamzah antara yang turut berdepan detik cemas melalui situasi b4njir apabila rumahnya tiba-tiba dimasuki air dengan pantas.
Malah menurut kata Shila, saat cem4s itu, apa yang fikirkannya ketika itu adalah anaknya dan kelengkapan anak kecilnya.
Melalui Twitter dan Instagramnya, Shila berkongsi ceritanya saat berdepan detik mencemaskan itu. Malah menurut kata Shila, dia bersyukur kerana dikejutkan anak angkat perempuannya yang ketika itu mahu ke tandas. Barulah Shila dan keluarga sedar air sudah pun memasuki rumah mereka.
“Alhamdulillah we are safe, barang-barang kat rumah semua habis sebab b4njir. Kucing-kucing semua kita berjaya selamatkan.
“Thanks you for all your prayers. Yang penting alhamdulillah kita selamat.
“Kalau my daughter tak bangun nak ke toilet, kita semua pun nyenyak tidur kat bilik bawah,” tulisnya berkongsi melalui Twitter.
Dalam pada itu, melalui Instagramnya, Shila turut berkongsi cerita ketika melalui momen mencemaskan itu. Namun apa yang difikirkan ketika itu bukanlah dirinya, tetapi dua anaknya dan keluarga.
“Tak boleh bayangkan yang duduk atas bumbung berjam-jam sebelum bantuan sampai. Babies, mak-mak dalam pantang, orang tua. Ya Allah. Semoga semuanya dipermudahkan untuk semua yang terkesan.
“Thank you buat semua yang tolong kitorang semalam. Sha tak ingat apa dah, ambil phones, pampers, susu, bantal busuk and sepasang baju dia. Memang fikir anak je.
“Nasib la ada Syahir tinggi boleh angkat Seth. Masa kitorang keluar pukul 6am air kat dalam rumah sampai lutut.
“Tapi rumah kitaorang agak tinggi sikit. Lepas tu turun ke jalan jadi paras dada. Suruh my daughter pakai pelampung lengan tu. Ya Allah ,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, menerusi entri terdahulunya, Shila juga sedaya upaya memindahkan keluarganya untuk ke rumahnya di Cyberjaya. Semoga yang baik-baik sahaja buat Shila Amzah dan keluarga kini.
Sumber : http://limauasamboi.pw/