Home Isu Semasa Bapa bawa anak berumur 5 bulan ‘hiking’ di dalam hutan

Bapa bawa anak berumur 5 bulan ‘hiking’ di dalam hutan

285
0

Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran. Begitulah sebuah perumpamaan di hutan, namun perumpamaan ini telah menjadi sebaliknya oleh seorang bapa yang telah membawa anaknya hiking’ di dalam hutan. Baru-baru ini tular sebuah klip video yang menunjukkan seorang bapa sedang ‘hiking’ di dalam kawasan hutan.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik syareelizamali menunjukkan beliau telah berjumpa dengan seorang bapa yang telah membawa anaknya yang berusia 5 bulan ‘hiking’. Bapa tersebut telah mendukung anaknya tanpa menggunakan apa-apa peralatan keselamatan sambil mendaki tangga-tangga yang menuju ke puncak bukit. Keadaan tersebut telah merisaukan warganet.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa bapa tersebut sungguh berani membawa anaknya masuk ke hutan dalam usia yang sangat kecil. Ramai juga yang merisaukan keselamatan anaknya tersebut yang terdedah dengan pelbagai situasi yang merbahaya ketika berada di dalam hutan terutamanya cuaca sekarang ini. Ada juga yang mengatakan agar biarkan saja bapa tersebut dengan caranya kerana itu adalah anaknya dan lain ibu bapa lain caranya.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat sejak dimuat naik pagi dan mempunyai sebanyak 200K tontonan, 5K sukaan dan 900 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@Diyana Izzaty: Berani eh bawak baby masuk hutan

@diell: Wei . Kesiannya baby tu . Harap takde makhluk halus yg berkenan sudah .

@selena jackson: bukan setan je yg kita risau.. bacteria and suhu lembab kang tahu2 demam

@MezzJojo: Aku risau terlicin ke apa. Jatuh sendiri xpa, jgn dgn baby sekali. Hmmm Alhamdulillah malaikat lindungi baby

@hidayahusna09: kanak2 ni xblh dibt xtntu hala, sb die nmpk makhluk ghaib ni…. NT xsenang dibt nya meragam aja memanjang selalu xdiubati

@amzserv: Nak bawak bleh .. tp safety for baby tu xde ke bang

@razakesa7: ni ok laaa sbb dalam hutan je…..yg flying fox aritu….another level laa

@Ayah pink: nnti ade anak baru sehari keluar blh aaa ni ajk gi hiking..

@NMofgreengables21: Pakai jeans, dukung camtu jer.. Aku pulak risau tersadung ke apa ke.. Jalan kat taman ok gak..

@cikgu black: teguran utk carrier mgkin betul tp utk perkara ghaib kite lebih mengetahui amalan kita, sbb bawak anak ke hutan, laut dan sungai kesan yg sgt baik, tp

@noorzakiah1412: Dia sedap tdo sebab white noise bunyi hutan tu.. Tu tenang je dia tido.. Tp nape pakai carrier ke.. Takde penat sgt parents nak pegang

@Coach Kamarul Azli: hebat mmg hebat, tp jika apa apa berlaku nyesal x sudah

@sue: ak xbrni nk bwk bby ke hutn dan pntai.org tua dlu ckp bhye.org zmn moden skrg mne nk prcye.

@zai nobunaga: bang.. dia bkn kira kita mampu.. tapi kira apa nk jadi.. dlm hutan pulak tu. sy malim gunung pun x penah brani nk bwk anak.. inikan baby..

Sumber: Tiktok

Previous articleHujan Lebat Dh Melebihi 14 Jam Di Kuantan,Pahang, Air Mula Naik Di Beberapa Kwsn
Next article“Terlupa Nak Charge Tesla,Terus Naik Teksi Helikopter Ke Tempat Kerja”- Ni Baru Level Kayangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here