Tular di media sosial milik penyanyi, Baby Shima baru-baru ini yang memuatnaik videonya mengemas pinggan kotor selepas makan di sebuah medan selera mencuri tumpuan ramai.
Sekadar Mahu Tolong Menolong
Menerusi muatnaik tersebut, penyanyi tersebut hanya sekadar mahu membantu meringankan tugas pekerja di kedai makan dengan menyusun pinggan-pinggan kotor dan mengelap meja ditempatnya.
“Saling tolong menolong…” tulisnya
View this post on Instagram
Netizen Puji Amalan Patut Dicontohi
Melihat video pendek tersebut, ramai yang memuji sifat membantu penyanyi tersebut dan ramai yang berkongsi melakukan amalan yang sama apabila keluar makan di kedai makan dan mengatakan amalan seperti itu patut dicontohi.
“Saya pun buat macam tu”
“Pelanggan yang pembersih, lepas makan kita tolong kemas.. Sikap yang patut kita contohi”
“Terima kasih permudahkan urusan orang”
“Bagusnya Shima”
“Terbaik Shima.. Amalan mulia” komen mereka
Akui Suka Makan Di Kedai Biasa
Dalam pada itu, ada juga yang memberi komen tidak menyangka selebriti cantik seperti Shima juga makan di kedai biasa seperti orang lain. Menurut Shima, dia akui suka makan di kedai biasa dan warung di tepi jalan kerana rasanya lebih sedap.
“Baby Shima rilek jer makan di kedai biasa” komen salah seorang warganet
“Shima suka gila kat warung-warung kedai biasa tepi jalan sebab lebih sedap” jawab Shima
Seperti kata warganet, amalan seperti ini patut dicontohi lagi pun memudahkan kerja orang lain juga satu amalan yang mulia betul tak.
Sumber: Muraimy