Menerusi sebuah klip video yang tular di Tiktok menunjukkan sebuah bas ekspres yang terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri di Lebuhraya Nilai menghala ke ibu negara, Kuala Lumpur. Bas tersebut telah mengalami kemalangan apabila bertembung dengan sebuah kenderaan empat roda yang terdiri daripada warga Indonesia.
Klip video tersebut menunjukkan keadaan bas selepas kemalangan ngeri tersebut terjadi. Bahagian depan bas telah “hancur”. Namun, apa lagi yang menyedihkan ialah bahagian badan pemandu bas tersebut dan seorang penumpang di belakangnya “terputus dua”. Beberapa penumpang juga terkorban dan ada darinya yang mengalami cedera parah. Pemandu kenderan empat roda tersebut turut mengalami cedera parah dan salah seorang penumpangnya juga terkorban.
Ramai yang sedih melihat keadaan itu berlaku. Walau bagaimanapun, ramai juga yang turut membongkarkan bahawa bas ekspres tersebut memang merupakan bas ekspres paling laju di Malaysia. Ada juga yang menceritakan pengalaman ngeri ketika menaiki bas tersebut. Dalam masa yang sama, semoga kejadian ini menjadi ikhtibar kepada para pemandu bas ekspres di luar sana untuk lebih berhati-hati.
Lihat klip video di bawah:
Lihat siaran ini di Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@Richëlla van Hátten: Situ area bas memang laju laju weh. Kadang dia selamba duduk lane no 2 dari kanan. Pastu cucuk2 keta. Kita yang kecik ni terpaksa elak sebab takut
@YaZz mUtALiP: Ramai komen bas syarikat ni sering dipandu terlalu laju..ni lah akibatnya apabila membawa penumpang yg tidak bersalah menjadi mangsa..Al-Fatihah..
@Nrfarahani97#: Kekadang bas ni laju . Takut tgok lepas tu suke cucuk2 rapat rapat belah kanan . Sbb nak laju
@Farizwan Fakhri: Allah,bus ni la sy slalu ulang alik singapore-tbs,mmg slalu laju dan cpt smpai 😣
@user4037869083675: La rupanya kt karak die la hero jalanan semua Lane die sapu😅😂
@LeeyaYaya: La Holiday mmg aku nobatkan bas paling laju dalam dunia. Selalu naik kuantan – kl, dia tekan minyak kat karak tu mcm takde hari esok.
@Ayam goreng: Taubat dah nak naik LA holidays ni. Laju ya amatt tak ingat penumpang 😭😭
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok