Pengacara terkenal, Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA mendedahkan dia tetap berkeras mahukan Datuk Siti Nurhaliza untuk menjadi penyanyi bagi lagu yang berjudul Jerat Percintaan.
Diberikan pada Mazleela pada awalnya
Menerusi sesi podcast yang disertai Azwan Ali bersama pempengaruh YouTube Bros Gang TV, Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali berkata, lagu tersebut pada asalnya akan dinyanyikan penyanyi, Mazleela.
Menurut Azwan, perkara itu juga telah dinyatakan melalui sidang media yang telah dibuat pada ketika itu.
Semua tahu yang masa tu lagu Jerat Percintaan akan dibawakan oleh Mazleela.
Kau boleh tanya kepada komposer lagu ni, Arwah Adnan Abu Hassan (dah tak ada dah). Ni lah orang-orang yang dah tak ada ya, jadi ia sangat sedih untuk mengimbau kembali momen itu.
Diorang pun menggelabah lah sebab dah buat sidang media yang mengatakan lagu tu akan dibawakan oleh Mazleela.
Namun, Azwan menjelaskan bahawa dia mahukan lagu tersebut dibawakan dan dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza yang masih bersekolah pada ketika itu.
Meskipun tidak dipersetujui yang lain kerana telah mengumumkan Mazleela sebagai penyanyi lagu tersebut namun, Azwan Ali tetap berkeras mahukan Siti Nurhaliza.
Jadi aku lah orangnya yang telefon aku cakap, ‘No I still want Siti’, tak kisahlah dia SPM ke, ujian ke apa, dia perlu berada di studio untuk recording.
‘Habis macam mana ni? Mazleela macam mana?’, ahh lupakan aku tetap mahu Siti.
Tambah Azwan lagi, ketibaan Siti di studio menarik perhatian artis lain yang juga menjadi calon untuk menyanyikan lagu tersebut.
Bagi mikrofon, Ziana Zain sudah pandang semacam. Bukan hanya Ziana Zain, calon-calon lain pun macam, ‘Eh budak tu siapa?’, ‘Oh dialah Siti Nurhaliza’,
Tapi bila Siti ambil mikrofon nyanyi lagu Jerat Percintaan tu, melantun suara dia. Sama macam CD, macam CD tu dikopak, dikeluarkan suara tu dan dia menyanyi.
Dia sangat natural dan sangat bagus sampaikan audio man pengsan dalam bilik audio.
Sekadar info, Jerat Percintaan adalah lagu dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza yang merupakan single kedua dari album pertamanya.
Lagu ini berjaya meraih pelbagai anugerah seperti anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4 serta menggondol gelaran Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu pada tahun 1996.
Lihat klip video di bawah:
@brosgangtv Diva AA dalam podcast kami kongsi mcm mcm benda ni. Boleh percaya ke? Pergi tengok podcast ini di Youtube Bros Gang Tv 😭 #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #brosgangtv #divaaa ♬ original sound – BROSGANGTV
Lihat apa kata orang ramai:
@sukasuka:vmasa ni tokti masih sekolah…baru nk naik lepas menang bintang rtm…tp rezeki jerat percintaan menang juara lagu terus kebabom jd no.1 artis malaysia
@Kuih Bongkol: ramai yg tak tahu apa sumbangan Diva AA sbnrnya dlm industri muzik , hiburan.. sgt banyak tau.. ni slh satunya. then dia director utk MV dayang
@Ben Deris: ok noted… betul lah tu pernah di ulang kali cakap dan tokti pun dgn diva aa mmg baik sampai sekarang.kita pun kena bersangka baik dgn semua kan
@Lukas Gabreal Atg: lenggok siti tu yang mahal.Dialah yang memulakan stail nyanyian yg ada lenggok kat hujung2 tu.terus lenggok siti jadi ikutan penyanyi2 lain.
@Mohd Firdaus 2796: Untung tokti dipilih Allah jadi manusia sgt sgt hebat sampai mcm ni. Dia pegang dunia sampai skg. Bertuahnya
@PuNkRoCk: siti nurhaliza naik lps lagu dia dgn 2by2 mawarku..lps lagu mawarku tulah bru org knl siti & cari blik lgu dia yg lama2
@CAP RAMBUTAN: Sbb diva aa jgk antara punca tok ti terkenal sampai skrang.. Slain dri pak ngah dan adnan abu hassan
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.