Seperti yang diketahui ramai, anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, berkawan baik dengan pempengaruh popular, Aisyah, atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah. Namun begitu, persahabatan tersebut dikatakan sudah tidak lagi wujud susulan Aisyah didakwa terlibat dalam tindakan tikam belakang terhadap Leona.
Aisyah dilaporkan kini akrab dengan bekas kekasih Leona, yakni lelaki yang dikenali sebagai Ryan. Tambahan pula, gadis tersebut juga telah berkongsi video di akaun TikToknya, seolah-olah memberikan bayangan kecewa kerana rakan baiknya berpaling daripadanya.
Tidak menyia-nyiakan peluang, netizen seperti biasa cepat bertindak dengan mengongsikan semula video lama Aisyah yang menunjukkan kedatangan Ryan ke rumahnya pada waktu malam.
Dalam rakaman video tersebut, Aisyah juga meminta Ryan memakai jam berjenama mewah yang baru dibelinya, menyebabkan netizen merasa terganggu dan menjuluk pempengaruh tersebut sebagai ‘pick-me girl’.
Dalam satu lagi video vlog Aisyah, dia telah berkongsi secara terbuka kepada Leona bahawa bekas teman lelakinya, ketika mereka masih bersama, telah datang ke rumahnya lewat malam.
Dari reaksi wajah Leona, kelihatan seolah-olah dia merasa kecewa tetapi cuba untuk tersenyum, mungkin kerana memandang Aisyah sebagai teman yang rapat.
Lihat Posting di bawah:
Dah la lepak dengan bf leona then bangga pula pi cerita. Aisyah cupcake ni hati kering betoi. pic.twitter.com/Lp9HEw9EOr
— Bbie. (@twtbiy) January 6, 2024
Sumber: X, Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.