Drama bersiri High Council merupakan drama yang sangat hangat dan digilai ramai khususnya para remaja sekalian. Pelakon yang dibintangi oleh Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Naim Daniel dan ramai lagi.
Sememangnya sambutan drama tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peminatnya. Baru-baru ini ada diadakan sesi ‘meet and greet’ bersama dengan pelakon-pelakon hangat tersebut.
Baca juga : “Bukan Setakat Berlakon, Menyanyi Pun Sedap Laa Kapla Ni. Macho Betul.” – Netizen
Baca juga : “Boleh masuk Malaysia Book of Records Naim ni…” – Netizen
Sesi itu diadakan di Suria KLCC pada 25 Februari yang lalu. Fuh, sungguh gempak dan sangat ramai pengunjung yang hadir, penuh sampai lokasi tersebut dengan peminat mereka.
Lihat posting di bawah :
Lama betul tak nampak artis lokal dapat sambutan macamni kan? Memang betul2 mcm Artis Korea guys! 🤣 pic.twitter.com/Sll8XerdDO
— Naz;Naz 🛍🍽 (@_NazriH) February 25, 2023
Jelas kelihatan view yang sangat padat dan penuh dengan para peminatnya. Orang ramai beresak-esak dan menjerit panggil nama pelakon-pelakon tersebut.
Tengok crowd dan macam level-level artis korea. Bak kata warganet, dah ni dah mengalahkan Park Seojun ni.
Dah lama sangat rasanya artis local tak dapat sambutan yang menggalakkkan macam ni.
Lihat apa komen dari warganet :
@nazih : Kalau drama betul berkualiti, memang orang akan support punya.
@imran : Aku pun minat geng geng ni ..asalkan dorang tak banyak isu..teruskan berkarya
@afifa : They deserve the hype tho? Tgok la diorg punya acting and the drama plot
@Stylee . Ni baru namanya artis.They well deserved !
@zuhair: Drama high council ni memang berkualiti cerita sebenar kat asrama dah terungkai
Lebih menarik, ada dijual lesen photoscard hero-hero Projek High Council tau. Ni dah macam level K-Pop ni. Tapi, kalau dah drama berkualiti, pelakon pun semua berbakat dan takda isu, apa salahnya kita support kan. Lebih-lebih lagi local.
Sumber : Twitter