Pertama kali berjumpa dengan Dzahira Talita Zahra, 9, pelakon Wan Sharmila memuji keperibadian anak perempuan pelawak, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang disifatkan seorang yang bersopan-santun dan menghormati orang yang lebih berusia.
Aktres yang mesra disapa sebagai Lala bersyukur kerana pertemuannya dengan Talita dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, akhirnya saya dipertemukan juga dengannya. Semuanya dipermudahkan.
“Dia seorang anak yang baik dan menghormati orang lain. Dia juga pandai buat lawak dengan aksi bersahajanya,” kata Lala kepada Harian Metro.
Sama seperti yang dikongsikan oleh pelakon itu di Instagram, dia gembira kerana Talita sudi berkawan dengannya. Dia juga seronok dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak itu.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Lala enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Talita kerana bimbang disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
“Saya tak nak ulas lebih banyak mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang salah anggap. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan Talita sekeluarga,” katanya.
Sebelum ini, nama Lala tular di media sosial apabila dia didakwa sebagai ‘wanita misteri’ yang memeluk anak Shuib.
Warga maya memetik namanya berdasarkan bentuk tubuh dan penampilan wanita dalam gambar berkenaan.
Bagaimanapun, pelakon itu menafikan khabar angin tersebut.
Sumber: cari