“Betul. Dah zaman joget terkinja dianggap biase. Kalo zaman dulu sape berjoget dah kene kecam birah gatal nak berlaki..” – Netizen
Tidak dinafikan kewujudan media sosial memberikan pelbagai faedah kepada orang ramai. Namun, jika disalah guna ia boleh mendatangkan bahaya sama ada kita sedar mahupun tidak. Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang sanggup bertindak di ‘luar kawalan’ dengan memuat naik content-content ‘sampah’ demi meraih populariti dengan cepat walaupun ia bertentangan dengan ajaran agama Islam.
‘Malu itu iman’
Susulan daripada itu, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, tampil memberikan teguran kepada kaum wanita mengenai content yang menjadi trend di media sosial.
Ujar Ustazah Asma’ golongan wanita Islam tidak sepatutnya membuat content-content menari dan video tersebut perlu dipadam bagi mereka yang sudah terjebak.
Duhai wanita Islam, yang tua atau muda, atas apa jua tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget dan tarian ya, samada simple atau beria, ringan atau berat, dedah atau tutup aurat, semua sama sahaja. Malu itu iman.
Mengulas lebih lanjut, teguran tersebut diberikan kepada segenap umur masyarakat tak kira muda mahupun tua. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Ustazah Asma’ telah dikongsi lebih 7.4k pengguna Facebook dan meraih pelbagai respon daripada wargamanya.
Terima kasih Ustazah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan bersetuju dengan nasihat yang disampaikan oleh Ustazah Asma’.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sumber: OB