Penyanyi rap Loca B ter.kilan apabila usaha untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia buat anaknya, Yusuf tidak berhasil.
Biarpun berkali-kali naik turun mah.ka.mah untuk mendapatkan hak buat anak lelakinya itu, kata Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali, 29, namun usaha itu masih gagal.
Loca B meluah.kan rasa kesal.nya menerusi sepotong video dalam bahasa Inggeris dan Melayu berdurasi 2 minit 47 saat yang dikongsikan di Instagram kepada peminatnya pada Selasa.
“Saya dalam perjalanan ke Pesuruhjaya Sumpah untuk menyelesaikan hal berkaitan dokumen permohonan kerakyatan Yusuf.
“I have not broken down, benda ni dah tertangguh selama dua tahun kerana PKP
dan apabila lepas berusia 7 tahun nanti hampir mustahil untuk dia mendapat kerakyatan.
“Yusuf akan berusia 6 tahun pada tahun hadapan dan saya risau dengan masa depan dia di negara ini. Saya cuma mahu dia bersama dengan saya, ia tidak sepatutnya sesukar ini untuk anak saya tinggal dengan saya di negara ini,” kata Loca B menerusi hantaran video di Instagramnya.
Dalam video sama, Loca B antaranya dilihat mengatakan berasa didiskriminasi di negara sendiri apabila hak kerakyatan anaknya berdepan jalan yang sulit.
“Sepatutnya Yusuf mendapat kerakyatan ketika dia dilahirkan. Saya patutnya mendapat hak untuk memindahkan kerakyatan saya kepada anak saya. Tak kisah dengan siapa saya berkahwin atau dengan siapa saya bersama.
“Kalau lelaki boleh direct kenapa wanita tidak boleh? Kita tinggal di negara yang kerajaannya mendiskriminasi wanita. Kerajaan okey untuk menerima ra.yuan, untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara saya.
“Apa yang dia boleh buat kalau dia ada dua kewarganegaraan pun sekarang sebab dia ada hak untuk memilih apabila sudah dewasa kelak,” tambahnya yang turut memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam hantaran terbabit.
Pernah berdepan waktu sukar sebelum ini, Loca B percaya kepayahan yang dilaluinya untuk mendapatkan hak buat anaknya itu pasti lebih sukar bagi wanita lain yang kurang bernasib baik sepertinya.
“Jangan fikir pasal saya je, bagaimana dengan orang lain yang tidak punyai rezeki seperti saya? Fikirkan juga golongan ibu seperti saya.
“Ingat murah ker nak buat visa, kalau terlepas kena bayar RM700 tahu tak? Dulu aku tak ada duit, sa.kit! Tiap-tiap tahun nak renew kena bayar RM150, masih duit dan masa.
“Kalau kau warganegara Malaysia bagilah, kenapa bapa je boleh bagi?” ujarnya lagi.
Penyanyi yang menggunakan akaun Instagram @kuning.langsat itu turut memberitahu visa Yusuf akan luput ekoran operasi pejabat imig.resen yang tidak dibenarkan sebarang temujanji kerana pan.de.mik CO.V.ID-19.
View this post on Instagram
Bagi membolehkan pembaharuan visa, Loca B perlu mendapatkan surat hak penjagaan anak menerusi prosedur di mah.ka.mah.
Lebih dikesalkan apabila tarikh perbicaraan di mahkamah untuk proses mendapatkan surat tersebut telah dipindahkan dari Jun ke bulan Disember.
Loca B bagaimanapun tidak memperincikan mengenai tempat kelahiran Yusuf.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Gempak