Tindakan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu mangsa banjir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerima pujian netizen.
Siti bersama suami menggerakkan bantuan serta turun padang mengharungi banjir di sekitar kawasan Shah Alam menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
View this post on Instagram
Siti juga melancarkan bantuan banjir secara ad-hoc menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19 yang merupakan inisiatif Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhd.
Menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera, Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen terharu atas usaha pantas yang dilakukan oleh Siti dan suami untuk membantu mereka yang memerlukan.
Ada juga yang memuji kesanggupan Siti meninggalkan anaknya, Siti Aafiyah yang tidak sihat di rumah dan turun padang membantu mangsa banjir.
Terdahulu, Siti menghulurkan sumbangan menerusi kempen Bantuan Prihatin 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhd.
Kempen ini menyasarkan penyampaian sumbangan kepada golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.