Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri tidak berpuas hati apabila dirinya dike.cam hanya kerana menulis ucapan sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya, Sajat .
Ahli perniagaan yang berusia 35 tahun itu, menerusi TikTok mengatakan dia pelik dengan sikap netizen sedangkan tidak ada salahnya untuk memberikan ucapan sedemikian.
View this post on Instagram
“Tak salah pun nak wish sempena hari jadinya. Rasanya, apa yang salah itu adalah antara dia dengan Tuhan. Aku tak nak masuk cam.pur.
“Kenapa nak ma.rah-ma.rah aku kat Instagram?,” katanya.
View this post on Instagram
Semalam (Jumaat), Aliff berkongsi gambar yang disunting memuatkan dirinya dan Sajat dalam satu ‘frame’ disertakan ucapan yang panjang lebar.
Katanya, dia tahu segala susah payah yang dihadapi oleh Sajat dan mendoakan agar teman baiknya itu tabah mengharungi segala dugaan.
“Selamat hari jadi kepada kawan baik dan bekas jiran yang sekarang di Australia. Bosan rasanya apabila kau tak ada di sini.
“Aku sentiasa mendoakan kau bahagia dunia dan akhirat. All the best dan semoga berjaya walau di mana kau berada,” katanya. -CARI
Sumber: Cari