Sumber: Tiktok AA
Seperti diketahui semua, Bella Astillah dan Aliff Aziz kini menunaikan ibadat umrah di tanah suci Makkah.
Sepanjang berada di Tanah Suci, Bella Astillah bersama dengan beberapa ahli keluarganya juga sempat menyambut ulang tahun Aliff Aziz yang ke-31 pada 16 Februari lalu.
Malah, Aliff juga kelihatan sangat bersyukur kerana dapat menyambut det.ik indah itu bersama orang tersayang di lokasi yang sangat istimewa.
Kita dapat lihat Aliff dan Bella sama-sama berkongsi pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di sana menerusi akaun Instagram milik mereka berdua, tetapi ada terdapat satu video yang mencuit hati ramai netizen.
Baru-baru ini, pengguna Tiktok yang dikenali sebagai AA memuat naik video yang dipetik dari Instagram Live Alif Aziz. Kelihatan Bella sedang seronok menikmati aiskrim apabial Alif bertanyakan tentang nama lokasi yang sedang mereka kunjungi.
Bella dengan penuh keyakinan menjawab ‘Jabal Mafa’, walhal nama sebenar tempat itu adalah Jabal Rahmah. Ga.ra-ga.ra itu, dia pun terus berpaling men.gelak daripada kamera kerana terlalu se.gan. Terdengar juga suara Aliff yang ke.tawa ter.bahak-ba.hak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terhibur sikap yakin Bella itu.
Tak apa Bella, yakin itu penting.
Sumber: CARI