Home Isu Semasa Ali Puteh baru kena saman, Sekali Ini permintaan Hidayah

Ali Puteh baru kena saman, Sekali Ini permintaan Hidayah

881
0

Ali Puteh atau nama sebenar nya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan seringkali mendapat perhatian orang ramai apabila muncul dalam stesen televisyen ataupun media sosial. Seperti sedia maklum, Ali Puteh sebelum ini difahamkan harus membayar saman yang berjumlah RM60,000 kepada seorang balu yang ramah disapa dengan nama Hidayah.

Permintaan Hidayah (Balu Allayarham Abam) menerusi halaman Instagram nya:

Balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah meminta agar pelawak Ali Puteh tidak melengah dan segera membuat pembayaran ganti rugi yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berjumlah RM60,000. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hidayah di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur apabila keputusan mahkamah telah memihak kepada dirinya.

54356

“Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan Mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah. Semoga pihak disana tidak melengah- lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan,” katanya.

Lihat juga apa kata orang ramai:

“ni pengajaran la buat kita semua. pertama, harta anak yatim kita tak boleh buat main2. kedua, jangan suka fitnah orang sbb buruk padahnya di kemudian hari. ketiga, kalau kita berada di atas, jangan suka kutuk org yg berada di bawah sbb sekejap je Allah akan jatuhkan kita..”

“Pengajaran jgn bila kau tgok kak ipar kau tu MCM senyap, lurus ,lemah lembut,,senng2 je kot nk pelingkup nk atur hidup dia.. kn skli dia buat kau putih mata.”

“Sabarlah Ali.. aku tahu kau berada dipihak yang benar.. jangan putus asa Ali.. lawan selagi mampu.. kebenaran akan terserlah.. mereka diluar mengata tanpa mengetahui situasi sebenar.. lawan tetap lawan Ali.. kami tetap berada di belakang kau.. jangan ingat mereka senang nak permainkan kau Ali.. ayuhhhh Ali.”

“belajar dari kesilapan. hidup berpandukan agama In Syaa Allah selamat. jgn aniya hak seorang balu & anak yatim. ini Allah dh tnjuk terang2 didunia. mungkin ad kes yg tlepas dunia,tp berat DISANA. kasihanilah anak kecil yg kehilangan ayahnya,seorang isteri yg kehilangan tempat bergantung.jgn disulitkan mereka.besar fadhilat kite pelihara anak yatim, kemudahan hidup didunia mahupun akhirat In Syaa Allah..”

“Mohon jgn kita berlebihan dlm memberi komen.. Bimbang kita juga bila diuji sebegini takkan mampu utk menghadapinya.. berbaik sangka itu lbh baik.. Doakan semoga terjalin kembali hubungan kekeluargaan mereka till jannah.. In shaa allah.. Mohon maaf..”

“Diam itu lbh baik…byk sgt berckp nya takot jgk. moga kita semua ambik kan sebagai iktibar. walaupon zaman dh canggih tp mmg byk berlaku kes yg melibatkan harta…ada yg sanggup santau menyantau…ada yg ckp lbh kurang…ckp pon main hembus…kesian insan2 yg teraniaya terutamanya ank yatim.”

“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yg lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah,” ujarnya.

“Tak bleh nak salahkan hidayah..mungkin ada sebab dia buat macam tu..kalau apa yg dia hadap tu x teruk..rasanya dia takkan tekan ali..ada la tu yg hidayah simpan lama..n bila jadi macam ni..tu yg dia sebat ali sampai macam ni..tapi tu agakkan ja..depa ja yg tau..sy tak nak kata sapa yg salah..”

“Ini juga mnjadi pengajaran kepada seluruh rakyat malaysia, jgn cuba bersikap sedemikian rupa, kelak anda merana, spa yg ada niat nk rampas harta tu, befikir la sblm terlambat.”

Dalam pada itu, Hidayah turut berharap dia bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dapat menjalani kehidupan lebih baik berbanding sebelum ini dan menzahirkan ucapan terima kasih buat orang ramai kerana mendoakannya.

Terdahulu, Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Sekadar info, Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Namun begitu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: OMM

Previous articleSemoga pihak sana tidak melengahkan bayar ganti rugi…” – Balu Abam Bocey minta Ali Puteh buat pembayaran untuk teruskan hidup
Next article“Sikit-sikit dahla sis, laki orang tu…” – Kemesraan Ahirine dan Farid Kamil buat netizen risau
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here