Ramadan menggamit rasa sayu buat ikon rock, Amy Search apabila buat pertama kali meraikan kehadiran bulan penuh rahmat tanpa ibu tercinta Allahyarham Fatimah Idris.
Allahy4rham ibunda Amy menghembvskan naf4s terakhir pada 1 Ogos tahun lalu.
Bagi bekas vokalis kumpulan tersohor itu, rutin tahunan menyambut ketibaan puasa dengan pulang ke kampung halaman membuat persediaan bersama bonda meninggalkan nostalgia tersendiri.
Katanya, sudah menjadi kemestian untuk menziarahi pus4ra ayah selain mengambil alih tugas memasak di dapur terutama pada ketika tahap kesihatan ibunya sudah menurun.
“Tahun ini saya menyambut Ramadan tanpa seorang ibu. Semasa menziarahi pus4ra arwah, terasa sedih sangat. Ingat lagi dahulu, saya balik ke Johor Bahru menziarahi pus4ra ayah sebelum Ramadan.
“Kebiasaannya, seminggu sebelum raya, saya sudah berada di kampung. Masa itu, saya kemas rumah, pasang langsir, anyam ketupat dan pergi ke pasar beli keperluan sambut raya.
“Saya akan menyiapkan semua bahan-bahan nak memasak. Termasuklah menu kegemaran, rendang daging atau paru dan ayam masak hijau.
“Masa itu emak sudah tak kuat, sayalah yang masak. Tapi dia tunjukkan macam mana cara nak menumis semua bahan-bahan,” katanya.
Penghibur berusia 63 tahun itu meluahkan rasa sayu selepas menziarahi pus4ra arw4h ibunya di Tanah Perkvburan S3kksyen 9, Kota Damansara, kelmarin.
Sudah lapan bulan berlalu sejak arw4h pergi pada usia 91 tahun disebabkan s4kit tua, tidak sehari pun pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman itu melupakan detik manis mereka.
Lebih membuatkan tangkai hatinya diulit pilu apabila tiada lagi tangan untuk disalami bagi memohon keampunan seperti yang biasa dilakukan pada pagi 1 Syawal nanti.
“Sudah pasti Ramadan tahun ini terasa sangat tanpa ayah dan emak, inikan pula pada pagi hari raya kerana tiada lagi mohon ampunkan d0sa-d0sa saya,” tambah bapa kepada lima cahaya mata itu lagi.
Pada masa sama, penyanyi Tiada Lagi itu mengakui arwah adalah insan yang memahami dirinya tanpa perlu diberikan sebarang penjelasan.
“Emak yang tahu saat saya kesedihan dan gembira. Tak pernah sekali pun saya mengadu kesusahan kepada emak.
“Al-fatihah buat emak dan ayah. Moga Allah SWT tempatkan ayah dan emak di syurga firdaus dengan keredaan-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.
Sebelum ini, Allahy4rham pernah tinggal bersama Amy, namun turut dijaga secara bergilir bersama kakak sulung penyanyi itu yang tinggal di ibu negara.
Selain penyanyi itu dan kakak sulungnya, arwah meningg4lkan seorang lagi cahaya mata serta 12 cucu dan dua cicit.
Sumber :– KOSMO! ONLINE