Home Isu Semasa “akui prjlnan krjayanya itu pnuh cbaran” – Syamsul Yusof Buktikan Bakat Sbagai...

“akui prjlnan krjayanya itu pnuh cbaran” – Syamsul Yusof Buktikan Bakat Sbagai Pngarah.

179
0

BERJAYA mencipta nama sebagai pengarah terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2 di usia muda, pelakon Syamsul Yusof mengakui perjalanan kerjayanya itu penuh cab4ran.

Biarpun dikenali sebagai anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam namun ia bukan satu tiket mudah untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof memulakan langkah dalam dunia pengarahan.

Pelakon berusia 37 tahun ini berjaya membuktikan bakatnya sebagai pengarah dengan kejayaan beberapa drama antaranya Gerak Khas.

Syamsul 2Syamsul berjaya membuktikan dirinya sebagai pengarah.

“Ramai yang tak tahu sebenar… sebelum saya mengarah filem, saya bermula dengan mengarah beberapa siri TV selama tiga tahun.

“Saya ini jenis, kalau saya nampak sesuatu yang boleh saya buat, saya tetapkan visi. Tapi ketika itu, orang nampak saya macam tak yakin.

“Bapa saya pun minta alasan kenapa dia nak bagi modal untuk bikin filem. Jadi, saya pun buktikan pada dia. Alhamdulillah, beberapa siri TV arahan saya dapat perhatian.

“Banyak cabaran sebagai pengarah baharu… orang tak peduli pun saya ini anak Datuk Yusof Haslam tapi sebab saya ada harapan dan impian, saya tetap teruskan,” katanya.

Perkongsian Syamsul itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Rabu.

Bapa saya minta alasan kenapa dia nak bagi modal untuk bikin filem. Jadi, saya kena buktikan pada dia.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.

Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan hos rancangan Astro, Aswad Jalil.

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu tiada salah sekiranya ingin mengkritik sebuah karya namun seseorang itu perlu membezakan kritikan dengan hinaan.

“Saya sudah lama mengarah. Saya daripada generasi sebelum ini lagi dan ramai yang seangkatan saya sudah memperlahankan kerjaya.

“Sama juga dalam kritikan filem, orang bercakap filem pun sudah berbeza. Apatah lagi sekarang era media sosial dan semua perkara nak komen.

Syamsul 1Syamsul tidak kisah jika karyanya tidak sukai segelintir pihak.

“Bagi saya tak salah, tapi kena sesuai atau tidak. Semua orang boleh kritik, tapi kena ada ilmu. Perlu tahu bezakan kritikan dan hin4an.

“Nak kritik kena bijak. Kalau orang tidak suka filem saya, okay saja. Apa yang penting saya puas. Saya juga tidak boleh puaskan hati semua orang,” ujarnya.

Untuk rekod, Syamsul adalah pemenang Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM 23) iaitu pada usia 25 tahun menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Syamsul turut mengulangi kejayaan sama pada FFM 24 menerusi filem KL Gangster dan FFM 28 bagi filem Munafik.

Sumber:mStar

Previous article““Bismillah, I mrried my bestfriend” – Sbulan brtunang Yonnyboii dh jdi suami orng ,Nikah Dlm Mjlis Kcil Dihdri Kluarga .
Next article“Ok Let’s Go Make One Now!” – (Video) Pminat Doa Cpt Dpt Baby, Caprice Trik Tngn Farra Smbil Ckp.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here