Home Hiburan “Aku Nk Berjaya Mcm Kau..” 2 Bln Slps Pemergi4n Siti Sarah, Asmidar...

“Aku Nk Berjaya Mcm Kau..” 2 Bln Slps Pemergi4n Siti Sarah, Asmidar Ded4h Nasihat Yg Prnh Diberikan Arw4h..

187
0

pernah bertanding di atas satu pentas yang sama dalam pertandingan Bintang RTM 2001, penyanyi Asmidar berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan Allahyarham Siti Sarah yang amat dikaguminya.

Asmidar yang ditemui di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) baru-baru ini berkata, dia pernah meminta nasihat dan tips daripada Siti Sarah cara untuk menjadi seorang penyanyi berjaya.

Perkara tersebut disuarakan Asmidar selepas melihat populariti yang diraih penyanyi itu walaupun mereka lahir daripada program yang sama.

“Saya perlu akui bahawa ar.wah mendahului saya dan lebih berjaya sebagai penyanyi. Saya pernah meluahkan rasa hati kepada Siti Sarah bahawa saya juga ingin berjaya sepertinya dan meminta dia mengajar saya cara menjadi seorang penyanyi berjaya.

“Aku nak berjaya macam kau Sarah. Nak sangat. Tolong ajar aku,” kata Asmidar mengimbas kembali perbualannya dengan pelantun lagu Kesetiaan itu sekitar 2019.

Ujar Asmidar atau nama lengkapnya Norhasmidar Ahmad, 35, penyanyi itu memberikan satu tips untuk diamalkan jika ingin berjaya.

Perkongsian ar.wah bukan sahaja boleh digunakan untuk karier, malah juga dalam kehidupan.

1 293

“Ar.wah kata caranya senang sahaja. Banyakkan bersedekah. Insya-Allah, segalanya akan dipermudahkan,” ujar Asmidar kepada Kosmo! Online.

Selain pernah bertanding di pentas Bintang RTM 2001, Asmidar dan Siti Sarah juga pernah terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat mewakili negara di pertandingan World Championship of Performing Arts pada 2009.

Ketika itu, mereka tinggal sebilik bersama-sama.

“Selepas ‘pemer.gian’ Siti Sarah, kita boleh nampak satu persatu kebaikannya ter.bongkar.

“Ar.wah memang ceria orangnya. Bagi yang mengenali Siti Sarah pasti tahu perangainya yang ‘gila-gila’ dan sangat mesra,” jelasnya.

1 294

Sekadar info, selain Asmidar dan Siti Sarah, Bintang RTM 2001 turut memperkenalkan beberapa nama penyanyi yang masih kekal relevan sehingga hari ini seperti Misha Omar, Azharina, Farawahida dan Amir Sofaz.

Terdahulu, negara digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah, 37, pada 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat jangkitan Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: K! ONLINE,http://news492media.com/

Previous article“Minta Maaf Tak Respon Teks Semua Orang,” – Tul4ng Bel4kang Senget Sebab Terlalu L4sak Sejak Kecil, Reen Rahim Jalani Pembed4han
Next article“Dulu Pernah Kena Tegur, Dah Masuk Islam Tak Boleh…,” – Dakw4an Makan Guna Chop Stick Har4m, Ini Respon Adam Corrie
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here