Hantaran di Instagram Stories (IG Story) pelakon terkemuka, Ruhainies menarik perhatian apabila dia berkongsi petikan kata-kata seorang tokoh agamawan tentang kesan penyebaran aib orang lain.
Balasan yang setimpal atas perbuatan tidak baik itu adalah ketika Allah mengungkapkan aib orang yang menyebarkan aib orang lain.
“Akibat menyebarkan aib orang lain. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin berkata, ketahuilah bahawa sesungguhnya jika engkau menyebarkan aib-aib saudaramu, maka sesungguhnya Allah akan menguasakan terhadap dirimu orang lain yang akan menyebarkan aib-aibmu sebagai balasan yang setimpal…” – Ruhainies
Sementara itu, dalam satu lagi siri hantaran di entri yang sama, aktres berusia 31 tahun itu memuat naik petikan ayat yang membincangkan tentang aib seseorang yang masih dijaga oleh Allah.
“Kita dipandang baik kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik. Namun kerana Allah menutupi aib kita…” – Katanya
Pada Sabtu yang lalu, nama Ruhainies menjadi tumpuan perbualan apabila dia dan aktor Aliff Aziz ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Bella Astilla, isteri Aliff, turut hadir di pejabat JAWI selepas suaminya ditahan, namun belum membuat sebarang kenyataan kerana masih terkejut dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Aliff dan Ruhainies menggunakan Instagram Story masing-masing untuk mengeluarkan kenyataan, meminta orang ramai menghentikan spekulasi yang tidak benar, termasuk menafikan dakwaan mereka yang ditangkap basah.
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.