Home Hiburan Akhirnya Terb0ngkar! Ramai Tak Sangka Datin Seri Maria Farida Di Sebalik Topeng...

Akhirnya Terb0ngkar! Ramai Tak Sangka Datin Seri Maria Farida Di Sebalik Topeng Pepatung

131
0

Wajah di sebalik topeng Pepatung di program hiburan realiti The Masked Singer musim kedua akhirnya terjawab apabila pelakon, Datin Seri Maria Farida diumum sebagai peserta tersingkir di saingan konsert minggu ketiga.

Sejurus identiti Pepatung dibong.karkan ketika sesi penying.kiran, rata-rata para juri tetap yang dibarisi oleh selebriti tanah air tidak menyang.ka pelakon berusia 52 tahun itu adalah fi.gura di sebalik kostum tersebut.

WhatsApp Image 2022 02 12 at 3.14.33 PM 2WhatsApp Image 2022 02 12 at 3.14.33 PM

Dalam pada itu, Maria turut berkesempatan untuk berkongsi perasaan dan pengalamannya sepanjang menyertai program hiburan realiti popular itu.

“Banyak kesero.nokan dan saya sangat-sangat serono.k tapi itu lah saya tahu saya tak boleh menyanyi. Apa-apa pun, saya dah buat yang terbaik,” katanya.

WhatsApp Image 2022 02 12 at 3.14.32 PMWhatsApp Image 2022 02 12 at 3.14.33 PM 3

The Masked Singer Malaysia musim kedua telah menyak.sikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Ramona Zamzam, Michael Ang, Amy Mastura, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak dan Angah Raja Lawak.

WhatsApp Image 2022 02 12 at 3.17.14 PMWhatsApp Image 2022 02 12 at 3.17.15 PM

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107), mulai 28 Januari 2022.

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia musim kedua diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Foto: Instagram Maria Farida

Sumber: MH

Previous articleDisuruh Ganti Iqbal Di BigStage, Ini Komen Pelik Fazley Yaakob, Memang Makan Dalam
Next article“Patut la..” (Video) ‘Wartawan Cilik’ Pamer Bakat Msak Msa Kecil Jdi Tumpuan. Skali Ini Yg Netizen Prasan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here